Dua buah sekolah masih ditutup di Kelantan berikutan banjir yang melanda negeri ini bulan lepas, kata Pengarah Pendidikan Kelantan Hussain Awang.
Hussain berkata dua sekolah terbabit ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi dan SK Bihai di Gua Musang berikutan laluan darat ke sekolah berkenaan runtuh.
"Kita juga terima laporan daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Gua Musang bahawa jalan ke SK Balar juga runtuh dan sedang bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) untuk membersihkan laluan tersebut.
"Bagaimanapun sekolah berkenaan (SK Balar) telah dapat digunakan selepas ditutup pada minggu lepas," katanya kepada pemberita.
Beliau ditemui selepas Majlis Pelancaran Projek Kasih Sekolah Angkat Persatuan Orang Kota Baharu (POKB) Pasca Banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Temangan di sini, hari ini.
Majlis itu disempurnakan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tan Sri Dr Madinah Mohamad.
Pada majlis berkenaan, seramai 567 pelajar dari sekitar Temangan dan Kota Baharu masing-masing menerima sumbangan dua pasang baju sekolah, beg serta peralatan bernilai RM150.
Hussain berkata lima buah sekolah yang ditutup pada minggu lepas iaitu SMK Dabong, SK Dabong, Sk Kemubu dan SMK Laloh di Kuala Krai serta SK Pasir Tumboh (Gua Musang) akan dibuka bermula esok walaupun proses pembersihan masih berjalan.
Mengulas mengenai beberapa sekolah yang masih dijadikan pusat pemindahan banjir, beliau berkata ia tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran kerana mangsa akan dipindahkan ke kuarters guru.
"Selain itu, peralatan sekolah yang rosak akibat bencana alam itu akan diganti secara berperingkat.
"Kita juga masih beri kelonggaran kepada pelajar yang menjadi mangsa banjir untuk ke sekolah dengan berpakaian biasa," katanya.
Bernama
Sat Jan 17 2015
Gambar fail kerosakan di sebuah sekolah yang dilanda banjir. Hussain berkata, peralatan sekolah yang rosak akibat bencana alam itu akan diganti secara berperingkat.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Menteri Luar Mesir ucap takziah kepada Malaysia atas bencana banjir
Menteri Luar Mesir Dr. Badr Abdelatty menyampaikan ucapan takziah kepada Malaysia susulan tragedi banjir yang mengorbankan nyawa dan menyebabkan kemusnahan besar.
Banjir: Anggaran kerugian sektor agromakanan lebih RM177 juta - Mohamad
Berdasarkan laporan awal kerosakan mengikut negeri, Kedah mencatatkan angka kerugian tertinggi iaitu lebih RM97 juta, diikuti Kelantan (lebih RM33 juta) dan Terengganu (lebih RM13 juta).
Hujan berterusan empat hari di Kelantan, Terengganu bermula Isnin
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan daerah Hulu Perak di Perak turut mengalami keadaan sama.
TNB perkenal sistem FARA bagi mengurus risiko banjir
TNB perkenal sistem FARA untuk urus risiko banjir, pastikan keselamatan aset dan pengguna.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
KPM akan guna SOP baharu bagi sekolah berisiko dilanda banjir tahun depan
Kementerian Pendidikan (KPM) akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi pengurusan sekolah yang berisiko dilanda banjir bermula tahun depan.
Amaran hujan berterusan di lima negeri hingga esok
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri hingga esok.