KUALA LUMPUR:Tidak perlu untuk mengisytiharkan darurat sebaliknya panggil semua pemimpin duduk semeja untuk luluskan belanjawan 2021, tanpa perlu ada pilihan raya.

Demikian saranan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang menegaskan semua pihak perlu ketepikan ego dan pecahkan tembok kepartian demi Malaysia.

Menurutnya, beliau pernah berhadapan dengan situasi hampir sama ketika cuba untuk meminda Perlembagaan bagi membenarkan rakyat berusia 18 tahun mengundi dalam pilihan raya.

“Dahulu saya diperlekehkan apabila mencuba untuk pinda perlembagaan (UNDI18) walaupun kerajaan tiada sokongan 2/3 ahli parlimen.

 
Sumber Facebook syedsaddiqofficial

“Perkara ini tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia tetapi, Alhamdulillah, kerana "Bipartisanhip", kita berjaya lakukan bersama.

“Saya dimaki oleh segelintir pemimpin kerana duduk bersama pembangkang untuk usahakan agenda nasional,” katanya dalam Facebook rasmi beliau pada Sabtu.

Tegasnya, beliau terus bergerak kerana percaya sejarah mampu dicipta dan rakyat Malaysia memerlukan lebih ramai ahli politik yang tidak memihak kepada parti semata-mata sebaliknya memikirkan rakyat juga.

“Saya berharap Perdana Menteri boleh mempertimbangkan cadangan saya. Kalau takut tidak cukup sokongan di Parlimen, jangan ambil jalan mudah untuk gantung Parlimen dan demokrasi.

“Jumpa dengan semua dan cari titik tengah bersama,” ujarnya.

BACA: LAPOR LANGSUNG: Darurat? Ini perkembangan politik negara

BACA:
 Apa itu Darurat? Ini 15 perkara anda perlu tahu

BACA: Darurat tidak semestinya dilaksanakan di seluruh negara - Prof Dr Mohd Azizuddin

Tambah beliau, Malaysia pernah melakukannya sebelum ini dan boleh melakukannya sekali lagi kali ini.

Petang semalam, Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Istana Abdul Aziz, Kuantan.

Sesi menghadap tersebut telah dimohon Perdana Menteri susulan Mesyuarat Khas Jemaah Menteri yang dipengerusikan beliau di Putrajaya pada paginya.

BACA: Darurat: Jangan cepat menghukum - Annuar

BACA: Bertenang! Rakyat jangan bimbang jika darurat diisytihar - Prof Dr Nik Ahmad Kamal

Dalam pada itu, Al-Sultan Abdullah menasihati rakyat supaya tenang, tidak panik dan elak dari menimbulkan spekulasi berhubung situasi terkini dalam negara, susulan pertemuan Baginda dengan Muhyiddin semalam.

Al-Sultan Abdullah bertitah, baginda telah berkenan untuk mengadakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu dalam masa terdekat bagi membincangkan dan memperhalusi cadangan-cadangan yang dikemukakan Muhyiddin dalam pertemuan semalam.