ALOR SETAR: Seorang pesara jururawat kerugian RM326,586 akibat diperdaya sindiket love scam selepas berkenalan dengan seorang individu dikenali menerusi Facebook.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kedah, Superintenden Elias Omar berkata, mangsa telah berkenalan dengan individu yang menggunakan akaun 'Lucas Cai' pada 1 Mac lepas.
Pada awalnya, mangsa beranggapan anak saudaranya menggunakan nama Lucas Cai di Facebook tetapi tersilap dan mereka mula berhubung melalui aplikasi WhatsApp.
"Suspek memperkenalkan dirinya sebagai Lucas berasal dari United Kingdom dan bekerja sebagai jurutera pelantar di sebuah syarikat di Northern Ireland.
"Sepanjang perkenalan mereka, suspek meminta pertolongan daripada mangsa dari segi sumber kewangan kerana projek atau tender suspek iaitu pembaikan 'Cylinder Pump' telah rosak serta perlu ditukar baru," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Katanya, mangsa melakukan empat kali transaksi bayaran secara berperingkat ke tiga akaun bank yang berbeza di kaunter Maybank Alor Setar pada 18 Mac hingga 19 April 2021 berjumlah RM326,586 atas dasar kasihan dan rayuan suspek.
Elias berkata, sumber kewangan itu daripada simpanan wang semasa mangsa bekerja selama 36 tahun dan simpanan wang insurans.
Katanya, mangsa membuat laporan polis pada Sabtu selepas menyedari ditipu dan melihat laman web di Google membabitkan dua individu lain ditipu dengan modus operandi yang sama.
Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (Tipu).
Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan sindiket penipuan love scam atau pujuk rayu individu di melalui media sosial.
Menurut Elias, orang awam diingatkan tidak terlalu mudah untuk membuat sebarang pindahan wang kepada individu yang hanya dikenali melalui media sosial terutama kepada mereka yang tidak pernah ditemui.
Artikel asal di Sinar Harian: Duit simpanan 36 tahun 'hangus' diperdaya Lucas
Astro Awani
Sun Jul 18 2021
Seorang pesara jururawat kerugian RM326,586 akibat diperdaya sindiket love scam selepas berkenalan dengan seorang individu dikenali menerusi Facebook. -Gambar hiasan
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Bekas jururawat hilang RM1.9 juta diperdaya skim pelaburan palsu
Mangsa melakukan 19 transaksi pindahan wang ke pelbagai akaun dibekalkan sindiket sebelum menyedari ditipu.
Duit simpanan lebih RM326,000 lesap diperdaya 'Lucas'
Mangsa beranggapan anak saudaranya menggunakan nama Lucas Cai di Facebook tetapi tersilap dan mereka mula berhubung melalui aplikasi WhatsApp.