DUN Johor tidak bubar Khamis

Ashwad Ismail
Mac 20, 2013 06:08 MYT
Suruhanjaya Pilihan Raya SPR menafikan Dewan Undangan Negeri Johor akan bubar secara automatik esok (Khamis).
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang dihubungi hari ini memaklumkan, mandat DUN Johor tidak berakhir pada 21 Mac sebaliknya 21 April 2013.
Tambah Abdul Aziz, DUN Negeri Sembilan sebaliknya merupakan satu-satunya Dewan Undangan Negeri yang akan terbubar secara automatik pada bulan ini.
"Mandat DUN Negeri Sembilan akan berakhir pada 27 Mac ini," kata beliau dalam mesej ringkasnya kepada Astro AWANI.
"Sekiranya tiada pengumuman mengenai pembubaran Parlimen (sebelum daripada tarikh itu), maka terbubarlah DUN Negeri Sembilan dengan sendirinya.
"Speaker DUN akan memaklumkan kepada SPR. Kami ada 60 hari untuk menentukan hari pengundian," ujar Aziz.
Beliau mengulas desas-desus di laman media sosial mengenai pembubaran Parlimen yang dikatakan akan dibuat pada hari ini serta kedudukan DUN Johor yang dikatakan terbubar esok.
Dalam pada itu, Speaker DUN Johor, Datuk Mohd Ali Hassan turut mengesahkan DUN Johor akan berakhir pada 21 April.

DUN Johor terbubar esok, Parlimen bila pulak nak bubar?

— muhammad nazmi (@nami2u) March 20, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Esk tarikh akhir sebelum DUN Johor tbubar dgn sndiri. Kalau mahu adakn election serentak 1 msia, esk hari terakhir najib kna umum bubar

— M.Izzat Afifi (@izzathmd) March 20, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pejabat Perdana Menteri dalam mesej melalui Twitter bagaimanapun menafikan Datuk Seri Najib Tun Razak membubarkan Parlimen hari ini.

Kenyataan yang tersebar mengenai pembubaran Parlimen hari ini, kononnya dari Pejabat Perdana Menteri, adalah palsu.

— Msia PM Press Office (@PMOMalaysia) March 20, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Parlimen penggal sekarang mempunyai mandat sehingga minggu akhir April ini.
#bubar #DUN #Parlimen #PRU-13 #PRU13 #SPR