Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini menolak usul wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang meminta Ketua Menteri Lim Guan Eng bercuti berikutan kes rasuah yang dihadapinya.
Usul yang dibawa Datuk Muhamad Farid Saad (BN-Pulau Betong) itu ditolak Speaker Datuk Law Choo Kiang atas alasan teknikal.
Law ketika menolak usul itu berkata isu itu tidak perlu dibincangkan dalam persidangan dewan kerana perkara-perkara itu jelas termaktub dalam Perlembagaan Negeri Pulau Pinang dan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pulau Pinang) 1997.
"Saya sudah ambil masa yang lama untuk buat keputusan ini...saya tidak perlu mengulas lanjut malah kalau saya nak tolak pun saya boleh tolak secara teknikal," katanya.
Usul yang dikemukakan Muhammad Farid itu menyebut bahawa mana-mana anggota pentadbiran Pulau Pinang dan Penjawat-penjawat Awam di negeri Pulau Pinang yang telah didakwa di mana-mana mahkamah atas kesalahan jenayah di bawah mana-mana undang-undang Malaysia hendaklah mengambil cuti daripada jawatan yang dipegang sehingga perbicaraan ke atasnya selesai dan dimuktamadkan. - BERNAMA
Astro Awani
Mon May 22 2017
Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini menolak usul wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang meminta Ketua Menteri Lim Guan Eng bercuti berikutan kes rasuah yang dihadapinya. - Gambar fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Persidangan DUN P. Pinang diteruskan, jumlah kehadiran dihadkan
Persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang akan diteruskan namun jumlah kehadiran termasuk ketua-ketua jabatan akan dihadkan berikutan penularan pandemik COVID-19.
Tanah runtuh: ADUN BN hantar usul bentang pada sidang DUN
Projek-projek pembangunan berkenaan perlu dihentikan bagi membolehkan kajian terperinci dijalankan terlebih dahulu untuk memastikan ia selamat daripada kejadian tanah runtuh.
DUN Pulau Pinang tolak usul minta Ketua Menteri bercuti
Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini menolak usul wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang meminta Ketua Menteri Lim Guan Eng bercuti berikutan kes rasuah yang dihadapinya.