KOTA KINABALU: Kedudukan sebahagian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) telah berubah ke blok pembangkang dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, pada Selasa.
Perubahan kedudukan itu susulan kemelut politik yang melanda Sabah apabila Ketua UMNO Sabah yang juga Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menarik sokongan terhadap Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah.
Bagaimanapun, kesemua kerusi di blok pembangkang termasuk ADUN dari Parti Warisan (Warisan) ketika ini kosong dan ADUN-ADUN tidak hadir atas alasan tertentu namun menyokong penuh Rang Undang-Undang (RUU) yang dibentangkan dalam sidang DUN Khas itu.
Dalam kedudukan di pembangkang antara yang dilihat tanda nama yang diletakkan di kerusi iaitu ADUN Lamag, Bung Moktar; ADUN Karambunai, Datuk Yakub Khan; ADUN Sukau, Datuk Jafry Ariffin dan ADUN Sungai Manila, Mokran Ingkat.
Lima ADUN BN yang menyokong kerajaan di bawah pimpinan Hajiji difahamkan kekal berada di blok kerajaan dan tiga ADUN berkenaan dilihat hadir pada sidang DUN Khas ini iaitu, ADUN Tanjung Keramat, Datuk Ir Shahelmey Yahya; ADUN Sindumin, Datuk Dr Yusuf Yacob dan ADUN Sugut, Datuk James Ratib.
Sementara itu, Dr Yusof dalam sidang DUN itu menyatakan kekesalan beliau apabila ADUN di blok pembangkang tiada seorang pun yang hadir.
"Saya ucap tahniah dan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana menyarankan, ini adalah agenda penting untuk negeri Sabah dan mesti diluluskan dan inilah yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Sabah.
"Tapi saya kecewa di sebelah sana 'sebiji' (seorang) pun tidak ada, sepatutnya ini menjadi keutamaan, saya minta maaflah saya ini kawan juga saya bukan mahu mengungkit, tetapi sepatutnya kita bersama-sama memperjuangkan kerana ia kepentingan rakyat Sabah, saya tidak ada (kepentingan) 'personal' Datuk Speaker," katanya.
Sebelum itu, Bung Moktar dalam kenyataannya awal pagi Selasa memaklumkan sebahagian besar ADUN BN-UMNO Sabah tidak dapat hadir pada persidangan itu kerana perlu berlepas ke Kuala Lumpur untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO.
Namun beliau bersama ADUN-ADUN UMNO Sabah menyokong penuh RUU Bekalan Gas 2023 yang akan dibentangkan dalam Mesyuarat Khas Penggal Ketiga DUN Sabah Yang Ke-16.
Sementara itu, Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menegaskan bahawa beliau dan ADUN parti itu tidak hadir pada sidang DUN berkenaan namun menyokong penuh RUU terbabit.
Katanya, ketidakhadiran itu bagi memastikan Jawatankuasa Khas ditubuhkan segera untuk menentukan kepimpinan kerajaan Perpaduan seperti yang dibincangkan dengan Anwar dalam pertemuannya pada Isnin.
Kemelut politik Sabah bermula apabila Bung Moktar mengumumkan untuk menarik sokongan terhadap Hajiji dan menyebabkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu dengan pemimpin parti di Sabah serta mencadangkan kerajaan Perpaduan ditubuhkan bagi menyelesaikan kemelut berkenaan. -Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jan 10 2023
Kedudukan sebahagian ADUN BN berubah ke blok pembangkang di DUN Sabah bagaimanapun tiada ADUN BN yang hadir pada sidang Khas DUN itu. (Gambar kecil: Bung Moktar) - Foto Sinar Harian
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Hakim baharu dengar bicara bela diri kes rasuah Bung Moktar, isteri 9 April 2025
Mahkamah Sesyen menetapkan tujuh hari bermula 9 April tahun depan bagi Bung Moktar dan isterinya Zizie Izette, membela diri atas tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.
Bung Moktar, isteri diperintah bela diri tiga tuduhan rasuah
Bung Moktar Radin dan Zizie Izette diperintah membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.
Rasuah RM2.8 juta: Bung Mokhtar, Zizie Izette tiba di mahkamah
Bung Moktar dan Zizie yang sebelum ini menghadapi tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta, dilihat memasuki kamar mahkamah jam 8.45 pagi ini.
Keputusan rayuan kes rasuah Bung Moktar, isteri diketahui esok
Mahkamah Rayuan akan membuat keputusan berhubung rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Bung Moktar dan isterinya Zizie Izette daripada tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta, esok.
PRN Sabah: Bung Moktar tegas tolak kerjasama dengan GRS
Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin tegas dengan pendiriannya untuk menolak bekerjasama semula dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
PRN Sabah: Mahu gerak solo, sedia terima tentangan sengit BN - Bung Moktar
Katanya, pihaknya tiada halangan untuk mana-mana parti yang ingin bergerak solo walaupun kerjasama BN dan PH telah dimuktamadkan.
PRN Sabah: Jentera UMNO, BN digesa tingkat kesiapsiagaan - Bung Moktar
UMNO Sabah menggesa jentera parti itu untuk mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah akan datang.
PRK Nenggiri: Pengundi perlu ambil peluang, beri isyarat - Bung Moktar
Bung Moktar berkata beliau yakin sekiranya keputusan PRK itu memihak kepada calon BN, hal itu akan mampu mengubah polemik politik negeri itu secara keseluruhan.
Pendengaran rayuan berhubung pembebasan Bung Moktar, isteri ditangguh 9 Okt
Pendengaran rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya ditangguhkan ke 9 Okt depan.
Formula BN-PH terbaik menghadapi PRN Sabah - BN Sabah
Ia juga dijangka akan mengenepikan sentimen anti-Malaya dan anti-persekutuan yang sering menjadi senjata pihak lawan.