Seorang anggota Dewan Undangan Negeri Sarawak menggesa pengundi luar bandar di negeri ini untuk meneruskan tradisi mereka menyokong Barisan Nasional pada pilihan raya negeri akan datang menjelang pertengahan 2016.
ADUN Tarat Datuk Roland Sagah Wee Inn berkata ini akan memastikan mereka tidak ketinggalan menikmati manfaat daripada program transformasi luar Bandar oleh kerajaan BN Sarawak.
Sagah yang juga timbalan speaker dewan undangan negeri, berkata kerajaan negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem mahu meningkatkan pembangunan luar bandar untuk mengurangkan jurang antara kawasan bandar dan luar bandar.
Beliau berkata demikian sebagai tetamu kehormat pada majlis makan malam dengan pemimpin-pemimpin yang dianjurkan oleh Persatuan Bisapug Sarawak (BAS) di sini malam tadi.
Sagah menggesa para pemimpin masyarakat dan masyarakat Bisapug di empat kampung di Padawan iaitu Kampung Simpok, Kampung Mundai, Kampung Sarig dan Kampung Pesang, untuk bekerja bersama-sama dan memberikan sokongan kepada persatuan itu.
Presiden BAS Niko Panduk berkata bidang pendidikan dan kebudayaan akan menjadi agenda persatuan itu tahun depan. Ia berhasrat untuk menganjurkan ceramah motivasi untuk pelajar daripada masyarakat Bisapug dan mengadakan pertandingan ratu cantik 'Dayung Pimaguh Bisapug'.
Pada majlis itu, BAS menyampaikan insentif kepada 28 pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PT3, SPM dan STPM tahun lepas.
Sagah turut menyampaikan geran kerajaan RM25,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan St Mathew Mundai dan RM10,000 kepada Kampung Pembangunan Sarig dan Jawatankuasa Keselamatan.
Bernama
Sun Nov 08 2015
Menurut Datuk Roland Sagah Wee, kerajaan negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem mahu meningkatkan pembangunan luar bandar untuk mengurangkan jurang antara kawasan bandar dan luar bandar. - Gambar hiasan
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
60 tahun merdeka, nadi juang Tok Nan masih terasa
Katanya, warisan kepimpinan harus diperkasakan agar negeri ini maju, aman dan makmur, serta dikenali masyarakat.
Biasiswa Kursi Tok Nan RM2.4 juta untuk kajian etnik minoriti Sarawak
Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak memperuntukkan biasiswa Kursi Tok Nan berjumlah RM2.4 juta untuk menjalankan kajian mengenai etnik-etnik minoriti di negeri itu.
Mengenang Tok Nan: "Tuhan nyuruh aku bantu rakyat!"
Tan Sri Adenan Satem pernah diingatkan kerja kuat boleh mendatangkan risiko kesihatan terhadapnya, namun beliau tidak peduli, beliau masih gigih memilih untuk berbakti kepada negeri Sarawak.
Tok Nan terus dirindui ...
Hari ini, genap empat tahun pemergian pemimpin kesayangan Sarawak, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra dengan panggilan Tok Nan.
Perkhidmatan Feri Triso henti operasi empat tahun lagi - Abang Jo
Dengan kos RM848 juta, jambatan terpanjang di Malaysia dengan jarak 5.2 kilometer itu dijangka siap dalam tempoh empat tahun lagi.
Jangan ubah hanya kerana mahukan perubahan - Masing
Tan Sri Dr James Jemut Masing mahu rakyat negeri itu untuk terus beri mandat kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk pastikan usaha memacu pembangunan dan ekonomi tidak terhenti.
Hari Sarawak, Hari Malaysia, Hari Kebangsaan
Betulkah Sarawak merdeka pada 22 Julai 1963? Tanggal 22 Julai diisytiharkan sebagai Hari Sarawak dan cuti umum mulai 2016 di sebalik sentimen nasionalisme negeri yang menggelegak ketika itu.
GPS mampu pastikan hak Sarawak kembali terjamin
Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus memastikan agenda mendapatkan hak negeri itu, seperti mana termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963
Rindu akan Tok Nan masih tebal biar dua tahun berpergian abadi
Amat jarang dalam sejarah Sarawak, pemergian seorang pemimpin diratapi dan diruntuni. Namun tidak bagi Pehin Sri Adenan Satem, atau Tok Nan, negarawan 72 tahun yang menghembuskan nafas terahirnya.
Kelantangan Tok Nan dirindui
11 Januari 2019 genap 2 tahun pejuang Bumi Kenyalang, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra digelar Tok Nan bertemu Sang Pencipta.