KUALA LUMPUR: Sudah tiba masanya untuk mewujudkan satu penyelesaian terhadap kebergantungan ekonomi global ke atas dolar Amerika Syarikat (AS) selain dasar yang lebih saksama serta menguntungkan dunia berbanding segelintir pihak tertentu.
Ketika menegaskan perkara itu, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata ini juga sejajar dengan kedudukan Asia yang mempunyai sejumlah 4.7 bilion penduduk dan tidak dinafikan menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi global.
"(Nasib) ekonomi Asia ini seolah-olah terus ditentukan oleh tindak-tanduk keputusan serta turun naik pasaran di benua lain. Saya bukannya menggalakkan supaya mata wang dolar AS itu digantikan dengan mata wang lain seperti yang dinyatakan oleh pihak lain.
"Malaysia kekal komited terhadap kerangka kewangan global yang ada tetapi pada kesudahannya, ini merupakan persoalan yang perlu dipertimbang oleh negara-negara dagangan yang lebih kecil walaupun ianya tidak semudah atau selesa mana," katanya pada acara Forum Megatrends Khazanah 2022 di sini, hari ini.
Mengulas selanjutnya, Tengku Zafrul berkata bersandarkan kedudukan unik dolar AS sebagai mata wang rizab dunia yang sering meningkat ketika tempoh tidak menentu, kedudukan satu-satu mata wang berbanding dolar tersebut, khususnya dalam jangka pendek, juga bukanlah pengukur keadaan ekonomi sesebuah negara.
"Dunia yang mana negara-negara utama boleh memberi kesan sebaliknya terhadap trajektori pertumbuhan lainnya, termasuk Malaysia, bukanlah sesuatu yang mampan," katanya.
Beliau menegaskan bahawa ketika dasar-dasar tertentu hanya menguntungkan satu negara kuasa besar secara domestik, tetapi (pada masa sama) ia tidak harus menjejaskan yang lain serta berpotensi menggugat kemakmuran global.
"Perlu wujud rasa tanggungjawab serta adil ke arah pertumbuhan global secara kolektif selain kerjasama dan penyelarasan monetari yang lebih baik.
"Sudah tiba masanya usaha itu dilakukan dengan mewujudkan Mekanisme Kerjasama Monetari adil serta turut mengambil kira keperluan unik negara-negara kecil, sedang pesat membangun secara saksama," katanya.
Tengku Zafrul berkata, biarpun platform dialog itu sememangnya penting, namun tindakan adalah jauh lebih utama dan bukanlah sesuatu yang asing kerana pernah dilaksanakan sebelum ini.
Malah, katanya, institusi-institusi sedia ada seperti Bank of International Settlements (BIS) dan Pertubuhan Antarabangsa Suruhanjaya Sekuriti (IOSCO) turut berperanan penting dalam membantu negara-negara sedang dan pesat membangun.
"Kos pertumbuhan yang tidak setara antara negara-negara atau deglobalisasi adalah tinggi terutamanya ketika kita perlu menangani isu-isu global seperti kemiskinan dan kemampanan.
"Bahkan, inilah isu-isu yang telah saya bangkitkan dengan rakan-rakan sejawatan lain sejak beberapa minggu lepas dan antara beberapa idea yang akan saya bawa ke mesyuarat Tabung Kewangan Antarabangsa serta Mesyuarat Musim Luruh Bank Dunia pada akhir bulan ini," katanya.
Menurut Tengku Zafrul, sebagai negara sedang pesat membangun dan menyasarkan untuk muncul sebagai negara berpendapatan tinggi, Malaysia perlu terus menyuarakan mengenai kepentingan dasar global serta persekitaran kawal selia yang lebih saksama.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 04 2022
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata ini juga sejajar dengan kedudukan Asia yang mempunyai sejumlah 4.7 bilion penduduk dan tidak dinafikan menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi global. - Gambar fail/Astro AWANI
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Raja Salman jalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jeddah
Pemeriksaan itu yang diadakan pada Rabu (24 April), dijangka berlangsung beberapa jam.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan mangsa tersepit berjaya dibawa keluar dari kereta pada jam 4.11 petang.
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
Ekonomi APEC dianggarkan berkembang sebanyak 3.5 peratus bagi 2023
Perbelanjaan pengguna merupakan pemacu utama di sebalik pertumbuhan lebih tinggi pada 2023.
Pertumbuhan KDNK Malaysia dijangka melonjak pada 2024 - RAM Ratings
RAM Rating percaya terdapat peningkatan ke atas bagi ekonomi pada 2024, walaupun prestasi suku keempat 2023 meningkat pada 3.0 peratus.
APEC 2024: Mesyuarat pertama ABAC tumpu keresahan akibat pemecahan ekonomi global
Mesyuarat pertama ABAC 2024 beri tumpuan kepada keresahan yang mendalam berkenaan tekanan daripada pemecahan ekonomi global.
Ekonomi global tunjuk momentum positif - IMF
IMF menaikkan unjuran pertumbuhan global kepada 3.1 peratus pada 2024, 0.2 mata peratusan lebih tinggi berbanding unjuran pada Oktober 2023.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit diniagakan rendah turun kepada 4.7280/7335 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7160/7210 pada Jumaat.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.6400/6440 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.6405/6445 pada Selasa.
Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit, kehendak risiko semakin baik
Kehendak risiko yang semakin baik mendorong Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit pagi ini.
Ringgit ditutup hampir tidak berubah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, unit tempatan berada pada 4.6640/6690 berbanding dolar AS daripada 4.6635/6705 pada Jumaat lepas.
MIFF 2023 dijangka jana jualan RM4.88 bilion - Fadillah
Pameran Perabot Antarabangsa Malaysia (MIFF) 2023 dijangka menjana jualan mencecah sehingga RM4.88 bilion semasa berlangsungnya pameran itu selama empat hari bermula Rabu.
Kerajaan tumpu pada disiplin fiskal untuk Belanjawan 2023 yang disemak semula
Belanjawan 2023 dijangka kekal condong ke arah pengembangan selepas menyaksikan ekonomi global memasuki tempoh yang agak lembap.