TANJUNG MALIM: Edu-Forest Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini bakal menjadi tarikan baharu sebagai lokasi menarik untuk aktiviti pendidikan, kajian dan rekreasi berasaskan keindahan alam semula jadi.
Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti UPSI Datuk Seri Rohani Parkash Abdullah berkata lokasi strategik Edu-Forest UPSI di sisi Banjaran Titiwangsa yang menyajikan pemandangan beberapa puncak gunung antaranya Gunung Liang, Gunung Sanggul, Gunung Kerjul, Gunung Tumang Batak serta Chondong Geliting menjadi potensi peminat dan pencinta alam.
"Saya bangga dengan idea dan usaha murni berkenaan malah berkeyakinan inisiatif itu akan menjadi pencetus dan jalan rintis dalam mempergiatkan lagi UPSI sebagai Universiti Nombor Satu Pendidikan di negara ini.
"Usaha UPSI selaras dengan hasrat kerajaan melestarikan hutan simpan untuk manfaat secara bersama khusus buat komuniti atas prinsip Keluarga Malaysia," menurutnya dalam kenyataan selepas merasmikan Edu-Forest UPSI pada Isnin.
Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Profesor Dr Suriani Abu Bakar serta Penolong Pegawai Hutan Daerah, Pejabat Hutan Daerah Perak Selatan (Tapah) Mis Maizura Amat Kaulan.
Rohani juga berkata beliau yakin pemilihan kawasan itu amat strategik kerana lokasi Hutan Simpan Behrang terletak berhampiran Kampus Utama UPSI dan kaya dengan sumber serta khazanah alam yang belum terusik dan tercemar.
Naib Canselor UPSI Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff pula berkata stesen Edu-Forest UPSI itu, yang berkeluasan 10 hektar, memperoleh lesen penggunaan selama 30 tahun bermula 14 Mei 2019 daripada Jabatan Perhutanan Negeri Perak.
"Saya berharap ia menjadi tarikan baharu kepada warga UPSI, komuniti sekitar Muallim, penggiat rekreasi, penyelidik dan rakyat Malaysia serta antarabangsa untuk datang ke Tanjung Malim.
"Edu-Forest UPSI akan menjadi destinasi ekopelacongan yang berkonsepkan pendidikan unik seperti aktiviti pendidikan rekreasi luar dengan mengekalkan status Hutan Simpan Kekal sebagai langkah pemuliharaan dan perlindungan hidupan liar sedia ada di Hutan Simpan Behrang.
"Di sekitar Edu-Forest UPSI, terdapat banyak air terjun seperti Lubuk Kawah, Lubuk Hantu, Air Terjun Strata, Lubuk Graha, Lata Berembun, Lata Rimau dan Lata Manik," katanya.
Beliau berkata aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah kayak arus deras, rakit arus deras serta 'water tubing' dan penggemar aktiviti lasak juga berpeluang menyertai cabaran darat seperti basikal lasak, cabaran 4x4 serta marathon yang kerap dianjurkan oleh UPSI dan Majlis Daerah Tanjung Malim.
Bagi Pengarah Pusat Transformasi Komuniti Universiti Profesor Madya Dr Norkhalid Salimin, yang menggerakkan usaha itu, penubuhan stesen tersebut menjadikan UPSI sebagai universiti pendidikan pertama yang memiliki Makmal Hidup untuk pelajar dari pelbagai pengkhususan seperti Biologi, Kimia Sebatian Semulajadi, Geografi, Sains Sukan, Sains Tanah, Muzik, Seni, Rekreasi, Psikologi serta bidang disiplin ilmu lain di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Beliau berkata ini selaras dengan Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan yang diluluskan oleh Parlimen pada tahun 1998.
Malah katanya, Malaysia turut menandatangani Konvensyen Kepelbagaian Biologi bersama-sama 154 negara lain di Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro pada 1992.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 27 2021
Edu-Forest UPSI akan menjadi destinasi ekopelacongan yang berkonsepkan pendidikan unik seperti aktiviti pendidikan rekreasi luar. -Foto Sinar Harian
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang catat peningkatan penumpang lima peratus pada Mac 2024
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) merekodkan pertambahan pergerakan penumpang sebanyak lima peratus, meningkat kepada 328,000 daripada 313,000 penumpang pada bulan sebelumnya.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Wajah semua mangsa sudah dikeluarkan TLDM
HRPB maklumkan bedah siasat mungkin selesai pada Rabu.
FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Izinkan pelajar berfikiran kreatif, mencabar kelaziman - Canselor UPSI
Guru yang sejati bukan sahaja hebat dalam kaedah pengajarannya, malah memiliki sifat pendidik yang semula jadi lagi berhemah, titah baginda.
Projek UPSI Kampus Teluk Intan diteruskan secara tender terbuka - Nga
Projek pembinaan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Kampus Teluk Intan bakal diteruskan secara tender terbuka.
Agong dan Raja Permaisuri berangkat ke Majlis Santapan Sambutan 100 Tahun UPSI
YDPA Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Santapan Seluhur Budi Sekalung Kasih dan melancarkan setem serta syiling komemoratif 100 tahun UPSI, malam ini.
500 sertai Persidangan Rumpun Melayu Sedunia anjuran UPSI
Ia antara lain berkongsi pendapat melalui forum ilmiah serta pameran berkaitan kebudayaan, kesenian Melayu menerusi Karnival Kearifan Lokal.
Pau UPSI tawar 8 jenis inti, kekal resipi turun-temurun keluarga
Suriani sememangnya membesar dengan perniagaan keluarga berasaskan pau di Kampung Sedili, Kota Tinggi, Johor.
UPSI guna tiga cara bantu mahasiswa depani kenaikan harga barang
UPSI dan pengusaha kafeteria di kampus bekerjasama dalam memastikan kebajikan pelajar terus terpelihara.
Siri nombor pendaftaran kenderaan 'UG' dibuka untuk bidaan mulai 1 Julai
Siri nombor pendaftaran kenderaan 'UG' yang bermaksud 'Universiti Guru' akan dibuka untuk bidaan mulai 1 Julai ini.
Tuanku Zara Salim berkenan rasmi sambutan 25 tahun UPSI
Raja Permaisuri Perak turut melancarkan siri nombor pendaftaran kenderaan UG yang bermaksud Universiti Guru.
Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Keluarga Malaysia ditubuh di UPSI
Pusat itu akan ditempatkan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Edu-Forest UPSI bakal jadi tarikan baharu di Tanjung Malim
Edu-Forest UPSI akan menjadi destinasi ekopelacongan yang berkonsepkan pendidikan unik seperti aktiviti pendidikan rekreasi luar.