PUTRAJAYA: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan memantapkan ekosistem pembangunan vaksin negara dalam usaha membangunkan vaksin keluaran tempatan, kata Menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba.
Beliau berkata Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara (NVDR) dijangka diumumkan pada November ini dalam usaha untuk memastikan negara bersedia menghadapi sebarang pandemik pada masa hadapan.
Ketika ini, katanya vaksin denggi, kolera dan leptospirosis telah memasuki ujian praklinikal manakala vaksin COVID-19 telah memasuki peringkat penyelidikan.
Menggariskan tumpuannya dalam tempoh 100 hari dalam satu kenyataan pada Selasa, Dr Adham berkata MOSTI akan menggembleng usaha dan daya, serta bekerja bersama rakyat menerusi sains, teknologi dan inovasi (STI) dalam usaha memacu ekonomi negara dan memperkasakan sosioekonomi rakyat.
"Menyedari kesan pandemik COVID-19 kepada sosioekonomi negara, agenda STI memainkan peranan penting dalam mengarusperdanakan ekonomi inovasi di kalangan rakyat Malaysia," katanya dalam kenyataan mengenai petunjuk prestasi utama (KPI) kementerian itu dalam 100 hari itu.
Dr Adham berkata MOSTI akan memberi tumpuan kepada bantuan berbentuk dana pembiayaan bagi memacu ekonomi berlandaskan teknologi bagi sektor-sektor produktif seperti keusahawanan, kesihatan, pembuatan dan pertanian.
Beliau berkata Malaysia Debt Ventures Bhd bakal menerbitkan bon dan sukuk baharu tanpa jaminan kerajaan berjumlah RM2 bilion bagi merangsang pasaran modal untuk memperkukuhkan pembiayaan Transformasi Ekonomi Digital dan Teknologi Teras.
Beliau berkata Malaysia Science Endowment akan ditubuhkan sebagai pusat penyelaras dana dari pelbagai sumber selain dana kerajaan dengan menyediakan platform yang boleh dipercayai untuk pelabur korporat dan persendirian membiayai syarikat teknologi dalam aktiviti penyelidikan, pembangunan dan inovasi.
Dr Adham berkata penekanan akan diberikan kepada Program Usahawan Inovasi (innopreneur) bagi membantu golongan rentan dan terpinggir dalam kalangan B40 dan M40 bagi melahirkan peniaga mikro melalui Projek Ruang Reka.
Dr Adham berkata Pembangunan Teknologi Simpanan Tenaga untuk Kenderaan Elektrik (EV) melalui Inisiatif Teknologi Simpanan Tenaga Kebangsaan juga akan dilaksanakan bagi meletakkan Malaysia sebagai pencipta dan pengeluar teknologi teras bagi ekosistem pasaran EV.
MOSTI juga akan memperkenalkan benih padi baharu berteknologi tinggi yang dapat meningkatkan hasil tuaian sebanyak 35 peratus berbanding purata kebangsaan, katanya.
"MOSTI percaya, peluasan benih padi baharu ini akan merakyatkan STI dan memberi manfaat kepada para petani serta menyokong agenda keselamatan makanan," katanya.
Beliau berkata Pelan Hala Tuju Startup Kebangsaan (SUPER) akan dilancarkan pada November ini (2021) bagi menyokong usaha lebih banyak perniagaan permulaan yang berpotensi melalui agensi pembiaya di bawah MOSTI.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 21 2021
MOSTI akan memantapkan ekosistem pembangunan vaksin negara dalam usaha membangunkan vaksin keluaran tempatan, kata Menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba. - Gambar fail/BERNAMA
EPL: Dua bintang remaja ditahan kerana disyaki merogol
Dua pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris telah ditangkap pada hujung minggu kerana disyaki merogol dan melakukan serangan.
Paul Yong fail rayuan kes rogol amah di Mahkamah Persekutuan
Paul Yong memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 5 Mac lalu, berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan sabitan bersalah merogol pembantu rumah warga Indonesia.
Nahas helikopter Lumut: Laporan interim siap dalam masa dua minggu - Fahmi
Menteri Pertahanan akan membuat pengumuman berhubung bantuan yang akan diberikan pada Rabu.
Gadang rayu EPU ketepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi pengambilan tanah Kwasa Damansara
Gadang Holdings Bhd berkata ia akan merayu kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk mengenepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi memudahkan pemilikan tanah seluas 21.08 ekar di Kwasa Damansara.
Doa dan kenangan buat pejuang
Titipan doa Wartawan Ridauddin Daud buat pejuang negara yang meninggal dunia dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.
PM Vietnam cadang ASEAN jadi model transformasi digital global
Perdana Menteri Vietnam mencadangkan orientasi kejayaan untuk menjadikan ASEAN sebagai model dalam transformasi digital di peringkat global.
Proses bedah siasat selesai, penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
[TERKINI] Anak menteri besar antara enam direman bersabit kes tuntutan palsu
Anak seorang menteri besar, Pegawai kanan Pejabat MB antara enam yang direman bagi bantu siasatan pemalsuan dokumen dan tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara.
[KOLUMNIS] Kawalan kendiri dapat perkukuh penguatkuasaan undang-undang AI
Tanpa kawalan kendiri, undang-undang mungkin menjadi tidak berkesan termasuklah dalam persoalan impak AI terhadap masyarakat.
Kes denggi meningkat di Brazil, cabar rancangan vaksinasi
Brazil disahkan mencapai satu juta kes demam denggi pada tahun 2024, dengan 214 kematian.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Gaza: Berpuluh ribu orang diancam penyakit
Ancaman penyakit semakin meningkat di pusat perlindungan sementara di Semenanjung Gaza dengan puluhan ribu orang tinggal dalam keadaan bersesak.
Jakarta laksana pemberian vaksin COVID-19 berbayar mulai 1 Jan
Perkhidmatan Kesihatan DKI Jakarta akan melaksanakan vaksinasi COVID-19 berbayar mulai 1 Jan 2024.
COVID-19: 'Masyarakat hanya sedar apabila ada ahli keluarga meninggal dunia'
Dr Farhan mengingatkan orang ramai agar tidak mementingkan percutian atau hadir ke majlis keramaian sekiranya mengalami simptom COVID-19.
Perhebat kembali pesanan awam, tangani maklumat salah vaksin COVID-19
Lebih tujuh bulan selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan COVID-19 bukan lagi kecemasan kesihatan awam yang menjadi kepentingan antarabangsa, walaupun kekal sebagai ancaman global, Mala
MOSTI perkukuh ekosistem vaksin negara, persediaan hadapi pandemik
Perbincangan diadakan antara lain untuk memastikan latihan berkaitan penghasilan vaksin manusia turut melibatkan pihak berkepentingan lain.
Kerajaan sasar 40,000 haiwan peliharaan di Sarawak divaksin antirabies tahun ini
Chan berkata, setakat 7 Sept lepas, sebanyak 27,668 haiwan peliharaan di negeri itu berjaya divaksin.
Suruhanjaya Eropah luluskan vaksin COVID-19 versi terkini
Suruhanjaya Eropah sudah meluluskan versi terkini vaksin COVID-19 yang dibangunkan oleh BioNTech-Pfizer.
Batuk Kokol: "Jangkitan bertoksin, boleh sebabkan antibiotik kurang berkesan" - Pakar Kesihatan Awam
Jangkitan batuk kokol berbeza dengan jangkitan lain memandangkan bakteria punca penyakit tersebut mengeluarkan toksin pada sel saluran pernafasan.