[EKSKLUSIF] 'Jho Low belum putus asa dapatkan imuniti, minta macam-macam' - Tun Daim

Astro Awani
Oktober 31, 2018 12:15 MYT
DAIM: Dia masih cuba, minta macam-macam.
Ahli perniagaan kontroversi yang sedang diburu, Low Taek Jho atau Jho Low masih belum berputus asa untuk mendapatkan imuniti.
Dalam bual bicara eksklusif bersama Astro AWANI, bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin mendedahkan kali terakhir Jho Low menghubungi salah seorang pegawai beliau adalah pada minggu lalu.
"Jho Low tidak menghubungi saya tetapi dia menelefon pegawai saya minggu lepas," kata Daim dalam program khas 'Perspektif Tun Daim' yang akan disiarkan pada Khamis, pukul 9 malam di saluran 501 Astro AWANI.
Menurut Daim, Jho Low tetap memohon untuk mendapatkan imuniti bagi membantu mencari aset yang ada kaitan dengan skandal mega antarabangsa 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Dia duit banyak dan dia boleh buat macam-macam. Tukar muka atau sebagainya kita tidak tahu.
"Dia masih cuba, minta macam-macam. Mahu jumpa PM, mahu jumpa saya, mahu jumpa orang itu dan orang ini.
"Nak mempengaruhi kita," kata Daim.
Pada masa yang sama, beliau turut meletakkan dua syarat kepada Jho Low yang sehingga kini masih gagal dipenuhi oleh ahli perniagaan itu..
Ini dua syaratnya:
#1Malaysia Development Berhad #1MDB #Astro Awani #Jho Low #kerajaan #Malaysia #Tun Daim Zainuddin