Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa kepimpinan baharu MIC untuk terus bersama memperjuangkan parti tersebut biarpun kalah dalam pemilihan.
Katanya, MIC perlu berhati besar untuk bersikap terbuka dengan semua ahli parti tanpa mengira latar belakang.
"Kita kena terima mereka yang kalah untuk duduk bersama dalam memperjuangkan aspirasi masyarakat India.
"Terima mereka biarpun tidak sama kasta mahupun bukan dari kem kita," kata beliau semasa ucapan perasmian Persidangan Agung MIC Ke-67 di sini pada Jumaat.
Tambahnya, MIC perlu mengenepikan politik kasta agar suara masyarakat India utuh.
"MIC tak boleh amalkan kasta politik. Ini penting bagi memastikan masyarakat India tidak berpecah dari segi politik," tambah beliau.
Sementara itu, proses pemilihan semula jawatankuasa tertinggi MIC menyaksikan Datuk M. Saravanan tewas dalam cubaannya merebut jawatan Timbalan Presiden daripada pencabarnya Datuk Seri S.K. Devamany apabila tewas dengan perbezaan hanya 17 undi.
Hilal Azmi
Fri Nov 06 2015
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hadir pada Perhimpunan Agung MIC hari ini. Turut kelihatan Presiden MIC Datuk Seri Dr. S. Subramaniam (tiga, kanan) dan Timbalan Presiden MIC Datuk Seri S.K Devamany (empat, kiri). - Foto Bernama
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Elakkan politik kasta dalam MIC - Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa kepimpinan baharu MIC untuk terus bersama memperjuangkan parti tersebut biarpun kalah dalam pemilihan.