Empat ciri istimewa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu sabar, istiqamah, berjiwa besar dan terus bergerak ke hadapan menjalankan tanggungjawabnya tanpa mengira tohmahan, perlu dicontohi pemimpin lain.
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata keistimewaan lain Najib ialah beliau terus fokus kepada kebajikan rakyat dan kemajuan negara walaupun diserang daripada pelbagai sudut oleh pembangkang.
Beliau mendakwa Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar juga datang ke Terengganu baru-baru ini dalam misi untuk menggagalkan kehadiran perdana menteri ke negeri ini.
"Sampai begitu sekali yang dilakukan pihak di sebelah sana. Mereka harap kedatangan Yang Amat Berhormat (Perdana Menteri) di Terengganu tidak mendapat sambutan. Datuk Seri, di depan kita terbukti ada lebih 20,000 yang datang beri sokongan. Tahniah untuk semuanya," kata beliau.
Ahmad Razif berkata demikian ketika berucap pada perasmian Program Perumahan Rakyat (PPR) Bukit Nanas di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh oleh Najib di sini, pada Sabtu. Turut hadir Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar.
Sebanyak 500 unit rumah PPR dibina di Bukit Nanas dengan kos hampir RM84 juta. Ia adalah projek kedua selepas PPR Hiliran di Kuala Terengganu yang mengandungi 1,002 unit dan dibina dengan kos sebanyak RM134 juta.
Ahmad Razif berharap kerajaan Persekutuan dapat membina lebih banyak projek perumahan di Terengganu selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk membina 20,000 unit rumah menjelang 2020.
"Tiga fokus utama kerajaan negeri ketika ini ialah membantu rakyat menangani kenaikan kos sara hidup, menyediakan peluang pekerjaan dan menyediakan kemudahan perumahan untuk mereka.
"Kalau kita nak lebih banyak projek perumahan di Terengganu ini, sama-sama kita pastikan kemenangan Parlimen Kuala Nerus dan DUN Tepoh pada pilihan raya akan datang," katanya.
Sementara itu, Noh memberitahu sidang media di sini bahawa PPR Bukit Nanas menawarkan sewa pada kadar serendah RM124 sebulan atau dijual pada harga serendah RM35,000 seunit.
Beliau berkata unit PPR itu adalah untuk diduduki dan bukannya disewakan atau dijadikan rumah inap.
"Kadar sewaan dan harga jualan ini adalah jauh lebih rendah daripada harga pasaran perumahan semasa. Kadar yang ditawarkan kerajaan Persekutuan mengambil kira kemampuan golongan rakyat yang layak menduduki PPR ini," katanya.
Noh berkata kementerian akan membina 9,850 unit baharu PPR dan sedang menyiapkan 11,250 unit rumah PPR selain membina 10,000 unit rumah di bandar untuk disewa oleh golongan muda pada kadar lebih rendah daripada pasaran.
Fasiliti kawasan flat dan PPR juga akan dibaik pulih dengan kos RM300 juta, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 15 2017
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) melihat model Projek Perumahan Rakyat selepas merasmikan majlis pecah tanah PPR Bukit Nanas pada Sabtu. Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman (dua, kiri) . - Foto Bernama
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
PRU15: UMNO, BN mampu tawan kembali Terengganu - Ahmad Razif
Tidak mustahil pentadbiran negeri itu boleh bertukar tangan dengan sokongan pengundi di negeri berkenaan.
Ahmad Razif letak jawatan ketua pembangkang DUN Terengganu
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman melepaskan jawatan sebagai ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.
Idris Haron, Ahmad Razif tewas, Adnan Yaakob kekal ketua bahagian
Beberapa pertandingan yang membabitkan pemimpin utama UMNO negeri menyaksikan ada di antara mereka yang berjaya mengekalkan jawatan masing-masing.
Jangan ulangi sejarah PRU pada tahun 1999 - Ahmad Zahid
Rakyat Terengganu diingatkan agar tidak mengulangi sejarah pilihan raya umum pada tahun 1999.
Sultan Mizan perkenan bubar DUN Terengganu hari ini
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dilihat memasuki perkarangan Istana Syarqiyyah kira-kira jam 10.17 minit pagi.
MB bidas kenyataan kanak-kanak di Terengganu 'bantut'
Beliau berkata dakwaan itu merupakan tuduhan liar dan berniat memfitnah kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) yang banyak membawa kemajuan kepada negeri ini.
BN Terengganu tidak gentar usaha pembangkang rampas negeri itu
Kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang yakin mampu merampas kembali Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14) tidak akan menggugat kepercayaan rakyat negeri ini.
Kerosakan lif di HSNZ diatasi secara berperingkat
Masalah kerosakan lif yang sering berlaku di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini dijangka dapat diatasi secara berperingkat dalam tahun ini, kata Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.
Bumbung jatuh - MBKT tutup laluan sementara
Penutupan laluan sepanjang 400 meter itu dibuat Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) bagi membolehkan siasatan dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kejadian itu.
Malaysia sertai dunia sambut 2018 dengan kemeriahan
Percikan bunga api berwarna-warni menghiasi ruang angkasa ibu negara dan beberapa lokasi di seluruh Malaysia sebaik sahaja jarum jam melepasi 12 tengah malam.