KUALA LUMPUR: Angin kencang serta hujan lebat mengakibatkan lima kenderaan dihempap pokok dalam kejadian di hadapan Maybank Jalan Mahkota, Cheras pada Ahad.

Menerusi perkongsian yang dipaparkan laman Facebook Polis Kuala Lumpur memaklumkan laluan berkenaan bagaimanapun telah dilencongkan.

Anggota bomba dan APM sedang menjalankan kerja memotong pokok di lokasi terbabit. - Foto Sinar Harian

"Kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 petang itu mengakibatkan empat kenderaan rosak membabitkan tiga buah kereta dan sebuah motosikal akibat dihempap pokok di lokasi kejadian.

"Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam(APM) sedang menjalankan kerja memotong pokok di lokasi terlibat," katanya. -- Sinar Harian