KUALA LUMPUR: Empat jalan utama menuju ke Bangsar akan dilencongkan susulan tular info berkaitan perhimpunan mendesak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki ditangkap ditukar ke kawasan sekitar LRT Bangsar, pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, lencongan ini akan bermula pada jam 7 pagi sehingga selesai.
"Antara jalan terlibat adalah Jalan Bangsar, susur Jalan Bangsar Utama, Jalan Travers menuju ke Jalan Bangsar, Jalan Rakyat menuju ke Jalan Bangsar dan Jalan Maarof menuju ke Jalan Bangsar.
"Selain lencongan jalan, pihak pengoperasian stesen MRT, LRT, Monorail dan KTM juga akan membuat penghentian sementara pengoperasian bermula jam 7 pagi bagi beberapa stesen utama di sekitar Kuala Lumpur seperti diumumkan dalam siaran media semalam," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
BACA: Perhimpunan di ibu negara: Enam jalan utama dilencongkan - Polis
Katanya, langkah ini diambil berikutan tular maklumat berkaitan perhimpunan yang akan dijalankan di LRT Bangsar.
"Polis menerima maklumat mutakhir pada jam 11 malam dan juga info yang tular di media sosial bahawa terdapat beberapa individu dan pihak yang akan menganjurkan perhimpunan pada jam 11 pagi di LRT Bangsar.
"Saya menasihati orang ramai yang mempunyai sebarang urusan di Bandaraya Kuala Lumpur, terutama di kawasan LRT Bangsar dan sekitarnya perlu merancang perjalanan dan urusan masing-masing," katanya.
Menurutnya, orang ramai turut dinasihatkan agar tidak menyertai sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang serta prosedur operasi standard (SOP) yang sedang berkuat kuasa.
"Ini demi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam serta kesihatan umum.
"Semua lapisan masyarakat harus memahami pentingnya mematuhi SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 dengan sentiasa memakai pelitup muka, menjaga penjarakkan fizikal dan elakkan berada di dalam kelompok yang ramai agar kita dapat mengurangkan kadar jangkitan Covid-19 ini," katanya.
Tegasnya, polis tidak akan bertolak ansur dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang masih berdegil menganjurkan atau menyertai perhimpunan berkenaan.
Pada Jumaat, tular info di media sosial berkaitan perhimpunan mendesak Ketua SPRM, Tan Sri Azam Baki ditangkap yang dijadual berlangsung Sabtu ditukar ke kawasan Bangsar, Kuala Lumpur.
Ia dipercayai susulan perintah larangan dikeluarkan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini melarang perhimpunan sekitar Kompleks Sogo, Masjid Jamek dan Dataran Merdeka, selama tujuh hari bermula Khamis.
Penganjur himpunan yang menamakan mereka sebagai Jawatankuasa Bertindak Tangkap Azam Baki berkata, himpunan akan tetap diteruskan.
Himpunan #TangkapAzamBaki akan diteruskan di bawah jambatan LRT Bangsar, Jalan Bangsar,katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jan 21 2022
Empat jalan utama menuju ke Bangsar akan dilencongkan susulan tular info berkaitan perhimpunan ditukar ke kawasan sekitar LRT Bangsar, pada Sabtu.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Lelaki bunuh ibu bapa ada 9 rekod jenayah dadah
Suspek yang merupakan anak lelaki si mati telah melarikan diri ke dalam hutan berhampiran dengan lokasi kejadian.
Lelaki pukul abang selepas ditegur bertengkar dengan ibu
Seorang lelaki bertindak memukul abangnya dipercayai akibat tidak puas hati selepas ditegur kerana bertengkar dengan ibu mereka.
18 pengunjung premis hiburan ditahan atas pelbagai kesalahan dadah
Seramai 18 pengunjung sebuah pusat hiburan di Jalan Kuchai Lama, Brickfields di sini ditahan pada awal pagi tadi kerana dipercayai terlibat dalam pelbagai penyalahgunaan dadah.
CEO dakwa diugut, dipukul pemilik syarikat - Polis
Ketika kejadian, suspek disyaki telah merampas telefon bimbit mangsa dan menuduhnya mencuri wang syarikat.
Polis siasat kes lelaki rosakkan nombor pendaftaran kereta
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini diminta tampil memberi keterangan menerusi Hotline Polis Brickfields.
Polis kesan saksi kes ATIPSOM
Polis meminta kedua-dua individu supaya hadir ke Mahkamah Sesyen Jenayah 8, Mahkamah Kuala Lumpur 12 September nanti.
Rusuhan: Tiga lelaki ditahan yang lain masih diburu
Usaha mengesan suspek yang masih bebas masih diteruskan dan individu terbabit dalam insiden tersebut diminta tampil membantu siasatan.
Suspek terlibat 7 kes samun bersenjata parang diberkas
Tangkapan itu susulan kejadian samun di sebuah kedai serbaneka di Jalan Sawi pada jam 3.08 pagi.
Pusat hiburan berselindung di sebalik kafe diserbu
Hasil serbuan polis menahan seorang lelaki berusia 29 tahun yang bertindak sebagai penjaga premis.
Dua pusat hiburan di Bangsar diserbu
Kedua-dua serbuan itu dijalankan di bawah Seksyen 4 Akta Hiburan Wilayah Persekutuan 1952 dan Seksyen 76 Akta Eksais 1976.