Empat maut dalam nahas lori-kereta di Roban

Nuzuluddin Abdul Razak
Julai 11, 2022 02:30 MYT
Empat mangsa termasuk pemandu dan penumpang sebuah kereta maut dalam nahas jalan raya berhampiran simpang Roban, Jalan Saratok pada Isnin. - Foto BBP Sarawak
SARIKEI: Empat sekeluarga termasuk bayi berusia satu tahun maut dalam kemalangan selepas kenderaan dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori treler di simpang Roban dekat Jalan Saratok di sini hari ini.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, mangsa yang paling muda ialah bayi lelaki berusia satu tahun tiga bulan dan kanak-kanak lelaki berusia empat tahun.
Kesemua anggota keluarga tersebut disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan manakala pemandu lori treler berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
“Pasukan Bomba membuat pembersihan jalan daripada serpihan kaca dan tumpahan minyak kesan daripada kemalangan,” katanya.
#simpang Roban #Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak #nahas lori-kereta #Jalan Saratok