GEORGE TOWN: Empat nelayan Indonesia hilang manakala seorang berjaya diselamatkan oleh nelayan tempatan selepas bot yang dinaiki lima warga asing itu dipercayai karam dalam kejadian semalam.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Pulau Pinang Kapten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung insiden itu kira-kira pukul 12.25 tengah hari semalam dan terus mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (Carilamat) bagi mengesan empat nelayan tersebut.
"Kami menerima maklumat daripada pemilik sebuah bot nelayan tempatan yang memaklumkan bahawa mereka menemui seorang lelaki terapung di kedudukan lebih kurang 7.5 batu nautika dari barat Sungai Kongsi, Balik Pulau dekat sini pada 12.25 tengah hari semalam.
"Sebaik menerima maklumat itu, bot Kilat 26 Maritim Malaysia diatur gerak ke lokasi untuk mengambil mangsa iaitu seorang lelaki Indonesia di perairan Gertak Sanggul seterusnya melakukan pencarian awal bagi mengesan rakan-rakannya yang masih hilang,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Katanya hasil pemeriksaan dan temu bual awal ke atas lelaki warga Indonesia dikenali sebagai Aswin, 43, itu, mangsa memaklumkan bahawa dia dan empat lagi nelayan berusia 30 hingga 55 tahun telah keluar menangkap ikan di laut dari Tanjung Balai Asahan, Indonesia dan berada di laut hampir lima hari sebelum bot mereka bocor dan karam.
Bagaimanapun, Abd Razak berkata lelaki itu tidak dapat mengenal pasti lokasi tempat bot tersebut karam kerana mangsa dihanyutkan ombak sebelum ditemukan nelayan tempatan di sini.
"Menurut mangsa lagi, dia dan rakan-rakannya sempat memakai jaket keselamatan sebelum masing-masing hanyut terpisah antara satu sama lain dalam keadaan laut yang bergelora dan angin kencang.
"Lelaki itu berada di dalam keadaan baik dan sihat sekarang ini, setakat ini tiada dokumen perjalanan diri ditemui bersamanya," katanya.
Menurutnya operasi pencarian yang masuk hari kedua hari ini sedang giat dijalankan membabitkan keluasan 42 batu nautika persegi dengan aset Maritim.
"Setakat ini lokasi bot nelayan yang disyaki karam itu tidak dapat dikenal pasti dan dipercayai berada di tengah laut.
"Orang awam yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan segera ke Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian 04-2626146 atau talian kecemasan MERS 999," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 14 2022
Operasi pencarian yang masuk hari kedua hari ini sedang giat dijalankan membabitkan keluasan 42 batu nautika persegi dengan aset Maritim. - Gambar fail/Bernama
Konflik Asia Barat: Ringgit dijangka kekal sekitar 4.78 berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit mungkin diniagakan dalam julat yang sama sekitar RM4.78 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan, susulan situasi di Asia Barat.
Subsidi diesel bersasar: MOF dapatkan pandangan industri logistik mengenai skop, syarat
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican telah mengadakan perbincangan bersama industri logistik mengenai pelaksanaan program subsidi bersasar bagi diesel pada Jumaat.
Zidane berminat jadi jurulatih Manchester United
Legenda bola sepak Perancis itu dikatakan memantau dengan teliti situasi Erik ten Hag di United walaupun telah mencapai persetujuan dengan Bayern.
Allahyarham Tun Hanif Omar legenda PDRM - Razarudin
Tan Sri Razarudin Husain menyifatkan Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sebagai legenda besar dalam bidang kepolisan negara.
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Lebih 90 maut tragedi bot karam di Mozambique
Bot nelayan yang bertukar sebagai feri penumpang itu mengangkut 130 penumpang iaitu jumlah yang melebihi kapasiti.
Bot nelayan karam, lima mangsa selamat
Kesemua mangsa berusia 34 hingga 39 tahun itu dibawa balik ke Jeti Batang Pinang, Kuala Kedah setelah pemeriksaan lanjut dilaksanakan.
Bot karam: Empat hilang, seorang terselamat di Kapit
Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 5 petang Khamis ketika bot yang dinaiki lima lelaki itu dalam perjalanan dari Melekun ke Nanga Tulie.
23 migran maut bot dinaiki karam di Senegal
Seramai 23 migran maut selepas bot dinaiki mereka menuju ke Eropah karam di luar pantai Saint-Louis di utara Senegal.
Bot karam di Mediterranean: 49 migran diselamatkan pengawal pantai Itali
Seramai 49 migran yang dalam perjalanan dari Afrika Utara ke Eropah berjaya diselamatkan pengawal pantai Itali dalam kejadian bot karam di Laut Mediterranean.
Bot karam dipukul ribut, mayat pemancing ditemui
Mangsa ditemui pada jam 8.37 pagi oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dan Unit K9 JBPM.
Bot bawa 28 tetamu majlis perkahwinan dipercayai hilang
Pasukan penyelamat Indonesia sedang giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).
Dua sepupu lemas, bot karam di Sungai Perak
Dua sepupu ditemui lemas selepas bot yang mereka naiki dipercayai karam akibat arus deras di muara Sungai Perak.
Nelayan dikhuatiri lemas akibat bot karam di Bagan Datuk, ditemukan maut
Nelayan yang dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki karam di Kampung Pasang Api, dekat Hutan Melintang, Bagan Datuk awal pagi tadi, ditemukan maut.
Bot karam di Bagan Datuk, nelayan dikhuatiri lemas
Seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki karam di Kampung Pasang Api, dekat Hutan Melintang, Bagan Datuk awal pagi tadi.