Empat nilai murni iaitu rajin, amanah, disiplin dan bertanggungjawab perlu menjadi pegangan buat penjawat awam supaya dapat membentuk negara berjaya dan dihormati dunia.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucapannya di sesi Perjumpaan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi April 2019 berkata, itu adalah nilai-nilai yang dipegang oleh bangsa yang berjaya dan dipandang tinggi oleh negara lain.
“Apabila kita bekerja cukup rajin, ikhlas dan amanah, kalau itu adalah pegangan kita, kita akan berjaya. Sebaliknya, apabila diberi tanggungjawab, kita abaikan tanggungjawab, tidak bekerja kuat, terlibat dalam rasuah, maka negara tidak mungkin berjaya.
“Ini sedikit sangat diminta daripada kita, cuma kita perlu rajin beramanah berdisplin dan bertanggungjawab, kalau kita ada empat nilai ini pun, kita akan berjaya dan dunia akan hormati kita," katanya.
Dalam ucapan itu juga beliau berkata, bacaan doa pada perjumpaan itu yang meminta Allah SWT mengurniakan segala nikmat yang berpanjangan kepada bangsa dan negara tidak akan ditunaikan jika tidak disusuli dengan usaha seperti yang disebut di dalam Al-Quran.
Katanya doa yang dipinta tanpa usaha juga adalah satu perkara yang sia-sia.
"Ini harus kita ingat, kalau lepas doa, sembahyang hajat dan nyanyi lagu dan balik tidur selepas itu, takkan berlaku apa yang dihajati. Untuk menjayakan permintaan kita, kita harus berusaha dengan baik kerana ingin mencapai kepuasan diri, keluarga, bangsa dan negara," katanya.
Hari ini juga buat pertama kali lagu ‘Malaysia Bersih’ dinyanyikan dalam perhimpunan ini, yang mana Perdana Menteri mahu agar penjawat awam bersama-sama menghayati isi kandungan lirik lagu berkenaan.
Azyyati Ahmad
Tue Apr 02 2019
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyampaikan amanat pada perjumpaan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Dataran Putra, Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Pelan Tindakan Nasional Mengenai Perniagaan dan Hak Asasi Manusia akan dilancarkan menjelang 2025 - Azalina
NAP-BHR akan dilancarkan Januari tahun depan, menandakan kemajuan signifikan ke arah integrasi pertimbangan hak asasi manusia dalam amalan perniagaan negara.
MITRA tangguh permohonan geran PPSMI 2025
MITRA memutuskan untuk menangguh permohonan geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) 2025 ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Kerajaan pertimbang pelarasan elaun Kor Sispa - Ahmad Zahid
Jabatan Perdana Menteri diminta memperhalusi cadangan tersebut bagi meringankan beban kewangan pelatih serta sebagai usaha menarik minat pelajar menyertai pasukan sukarelawan itu.
PM Anwar iktiraf peranan penjawat awam tingkat kejayaan negara
Perdana Menteri mengiktiraf peranan penting yang dimainkan penjawat awam dalam usaha membantu meningkatkan prestasi dan menjamin kejayaan negara.
Dewan Negara lulus tiga RUU di bawah Jabatan Perdana Menteri
RUU bagi meminda akta yang berkuat kuasa sejak 1957 itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahas 21 Senator.
PM Anwar rai 1,019 warga JPM cemerlang, pesara di Majlis Apresiasi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meraikan seramai 1,019 warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang cemerlang dan bersara sempena Majlis Apresiasi Tahun 2024 Jabatan Perdana Menteri.
Kerajaan mulakan usaha penggubalan Akta Keupayaan Mental
Kerajaan menerusi Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah memulakan langkah ke arah penggubalan Akta Keupayaan Mental.
Agong berkenan berangkat ke majlis Rumah Terbuka JPM
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Madani Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.
PM Anwar meriahkan sambutan ulang tahun ke-15 UKAS
Perdana Menteri menyantuni Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) di bawah Jabatan Perdana Menteri, yang menyambut ulang tahun ke-15 mereka.
Jemaah menteri putuskan MITRA dikembalikan semula ke JPM - Fahmi
Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) kini dikembalikan semula ke Jabatan Perdana Menteri daripada Kementerian Perpaduan Negara.