TORONTO: Empat termasuk tiga kanak-kanak cedera dalam satu insiden tembakan di sebuah pesta hari jadi di sebuah rumah di Toronto , Kanada.

Kejadian berlaku sekitar jam 8 malam (waktu tempatan) pada Sabtu.

Mereka yang cedera terdiri daripada seorang lelaki berusia 23 tahun, dua kanak-kanak lelaki berusia setahun dan 11 tahun, serta seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun.

Pasukan paramedik dalam pada itu memaklumkan, lelaki berusia 23 tahun itu cedera di kaki, dua kanak-kanak berada dalam keadaan kritikal, manakala seorang lagi cedera ringan.

Menurut Polis Toronto, kanak-kanak berkenaan dilaporkan bukan sasaran tembakan oleh penyerang.

Polis kini sedang memburu beberapa suspek yang dipercayai terlibat dalam serangan itu.

Punca serangan masih dalam siasatan.