Memasuki alam persekolahan merupakan transisi paling mencabar dan menakutkan bagi kanak-kanak.

Ada yang rasa berdebar, takut dan tak kurang juga yang teruja untuk ke sekolah.

Jadi, Astro Awani menghubungi Perunding Keibubapaan Parent Connect, Noor Afidah Abu Bakar bagi mendapatkan tips yang boleh digunapakai oleh ibubapa dan guru bagi menguruskan pelajar tahun satu:

1. Ibubapa harus faham bahawa usia 7 tahun adalah untuk bermain. Jadi, apabila mereka berada dalam situasi yang memaksa untuk mereka duduk dan tidak bergerak, mereka akan tertekan. Pihak sekolah disaran memberi kelonggaran untuk mereka bergerak dalam bilik darjah.

2. Jumpa kawan baru dan guru baru merupakan proses yang mencabar bagi kanak-kanak. Jika dia tidak mahu pergi sekolah, itu bukan bermakna di tunjukkan tingkah laku yang tak baik, cuma itu tindak balas mereka untuk mengatasi cabaran yang dihadapi.

3. Kanak-kanak yang suka pergi sekolah perlu rasa selamat dan dilindungi. Jadi, sokongan guru-guru yang mesra dengan kawan-kawan akan membolehkan anak-anak suka untuk pergi sekolah.

4. Ibu bapa harus rapat dengan guru-guru. Kalau dia rasa asing, dipinggirkan jadi dia akan rasa tidak suka untuk ke sekolah.