SHANGHAI:Kakitangan Lapangan Terbang Antarabangsa di Shanghai menjalani ujian saringan besar-besaran selepas beberapa pengendali kargo dikaitkan dengan jangkitan COVID-19.

Pihak berkuasa Shanghai melaporkan enam jangkitan tempatan yang berkaitan dengan lapangan terbang pada awal bulan ini.

Ujian saringan bermula pada Ahad hingga Isnin dengan lebih daripada 17,700 orang diuji sehingga pagi Isnin.

Daripada jumlah itu,11,500 disahkan negatif.

Pekerja kargo barisan hadapan juga akan dberikan ujian secara berkala dan mereka yang berisiko tinggi juga akan diberi vaksin COVID-19.

Proses itu juga akan dilakukan secara sukarela.

China telah memberikan vaksin COVID-19 sebagai uji kaji kepada orang awam termasuk pegawai negeri, pelajar antarabangsa dan pekerja yang ke luar negara sejak Julai lalu.

Pada Isnin pihak berkuasa memaklumkan, dua pengendali kargo di lapangan terbang  yang didapati positif pada awal bulan ini telah memasuki dan membersihkan sebuah kontena yang tiba dari Amerika Utara tanpa memakai topeng.