Enam positif COVID-19 selepas lengkapkan vaksin di Sabah

Ruzaini Zulkepli, Eleanor Michelle Patrick
April 19, 2021 07:51 MYT
Shahelmey Yahya mengesahkan enam petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Sabah, dijangkiti COVID-19 selepas menerima dua dos suntikan vaksin. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah hari ini mengesahkan terdapat enam individu yang terdiri daripada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) negeri, dijangkiti COVID-19 selepas menerima dua dos suntikan vaksin.
Situasi itu berlaku di antaranya disebabkan pendedahan kepada kontak rapat serta individu yang terlibat disahkan positif sebelum menerima suntikan imunisasi berkenaan.
Perkara itu didedahkan oleh Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Shahelmey Yahya dalam sidang media bersempena Majlis Perasmian Program Vaksinasi COVID-19 Fasa 2 Peringkat Negeri, di Kota Kinabalu, hari ini.
"Saya difahamkan ada, tetapi ini adalah disebabkan oleh satu kontak rapat dan keduanya dia positif selepas kurang daripada seminggu mendapat suntikan vaksin.
"Jadi ini bermakna bahawa apabila diberi vaksin tidak 100 peratus kita tidak akan dijangkiti, tetapi ia akan meningkatkan imunisasi dalam badan kita.
"Jadi itulah tujuan vaksin adalah meningkatkan imunisasi agar penularan jangkitan virus ini akan dapat kita bendung dan kurangkan," katanya.
Pada Sabtu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mendedahkan seramai sembilan petugas kesihatan dikesan dijangkiti COVID-19 setelah menerima dua dos lengkap vaksin.
BACA SEMUA BERHUBUNG VAKSIN 2021 DI SINI

Although vaccine gives a glimmer of hope to fight against Covid-19, make no mistake that we cannot relax all the public...

BACA: COVID-19: Perinci laporan petugas kesihatan dijangkiti selepas divaksin - Ong Kian Ming
Sementara itu, dalam majlis yang sama, Shahelmey berkata, kepentingan menerima vaksin bukanlah sebagai ukuran utama dalam menangkis penularan Covid-19 sekiranya pematuhan Prosuder Operasi Standard (SOP) diabaikan ramai pihak.
BACA: 9 petugas kesihatan dijangkiti COVID-19 selepas lengkapkan dos vaksin - KP Kesihatan
"Itu pentingnya walaupun sudah divaksin kita masih perlu mematuhi SOP yang digariskan oleh kerajaan, dari masa ke semasa, kerana kita masih belum mencapai 80 peratus imuniti komuniti.
Vaksin COVID-19 | Ong Kian Ming gesa perincikan laporan lanjut
"Itu yang kita hendak capai, iaitu 80 peratus komuniti kelompok dikalangan kita," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya menerima maklum balas positif terhadap pelancaran majlis berkenaan dengan seramai 50 individu penerima vaksin yang terdiri daripada golongan warga emas menerima dos imuninasi pertama.
Jelas Shahelmey yang mewakili Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor itu turut menambah, dengan program imunisasi seperti itu dapat memupuk kesedaran rakyat untuk terus berdaftar sebagai penerima vaksin.
Hadir sama dalam majlis itu adalah Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong dan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Christina Rundi.
#Noor Hisham Abdullah #COVID-19 #SOP #Kementerian Kesihatan #program vaksinasi #vaksin COVID-19 #herd community #komuniti kelompok #warga emas #JKJAV