PUTRAJAYA: Enam syarikat telekomunikasi akan menawarkan Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Pakej Peranti Keluarga Malaysia untuk remaja serta golongan kurang berkemampuan bagi tempoh enam bulan bermula esok hingga April depan.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa ketika melancarkan dua pakej berkenaan di sini hari ini berkata syarikat itu terdiri daripada Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, Telekom Malaysia dan YTL.
Beliau berkata ia adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan bagi membantu golongan remaja dan para pelajar memperoleh akses internet, dan mereka yang kurang berkemampuan untuk memiliki peranti pintar mampu milik.
"Ia juga bukti komitmen kerajaan dalam memastikan setiap rakyat mempunyai akses internet pada harga yang berpatutan," katanya dalam sidang media selepas melancarkan kedua-dua pakej itu.
Annuar berkata Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menyasarkan kedua-dua pakej itu akan memberi manfaat kepada lebih 200,000 orang dalam tempoh enam bulan.
Pakej Remaja ialah pakej prabayar khusus bagi golongan remaja dan pelajar berumur antara 12 tahun hingga 21 tahun menikmati data 20 gigabyte (GB) dengan harga RM30 untuk 90 hari, yang akan membolehkan pengguna melakukan aktiviti seperti menghantar mesej dan melayari internet.
"Bagi data produktiviti, pembelajaran dalam talian serta aktiviti bekerja dari rumah boleh dilakukan tanpa kekangan data, manakala bagi data 20GB ia boleh digunakan untuk aktiviti seperti muat turun video atau permainan dalam talian," katanya.
Bagi Pakej Peranti pula, Annuar berkata ia membolehkan rakyat memiliki dan menaik taraf kepada peranti mudah alih dan voice over long-term evolution (VoLTE) secara percuma.
Teknologi VoLTE membolehkan pengguna menikmati panggilan berkualiti tinggi di rangkaian 4G, dan peranti berkenaan boleh dimiliki dengan langganan serendah RM40 sebulan melalui kontrak selama 12 hingga 24 bulan tertakluk kepada jenis peranti dan perkhidmatan.
Pakej ini termasuk satu GB data percuma untuk aktiviti produktiviti.
Sebagai galakkan untuk syarikat telekomunikasi melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR), Annuar akan menaja 1,000 pakej bagi Remaja dan Peranti untuk anak-anak yatim dan pelajar daripada golongan miskin tegar supaya mereka tidak dipinggirkan daripada menikmati kesalinghubungan yang lebih baik dan meningkatkan produktiviti.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 14 2021
Annuar menyampaikan peranti mudah alih kepada Muhammad Alif Azri (kanan) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada Majlis Pelancaran Pakej Remaja dan Peranti Keluarga Malaysia hari ini. - Foto BERNAMA
HDC anjur Forum Kepimpinan Ekonomi Halal 2024 di Riyadh bulan ini
HDC akan menganjurkan HELF untuk meluaskan jejak globalnya, yang dibangunkan melalui pencapaian cemerlang Litar Persidangan Perniagaan Halal Dunia di London tahun lepas.
Galak kanak-kanak baca buku kepelbagaian kaum, agama untuk faham, rai perbezaan - Fahmi
Kanak-kanak perlu didedahkan dengan budaya membaca terutama buku mengenai kepelbagaian kaum dan agama di negara ini sebagai usaha melahirkan generasi berpengetahuan.
Nahas helikopter Lumut: Ahli keluarga menggigil terima berita kematian Sivasutan
Sivanesan berkata hatinya luluh apabila mengetahui Sivasutan pula disahkan sebagai seorang daripada mangsa yang maut dalam nahas itu.
Nahas helikopter Lumut: Adik mahu kakak dikebumi di Sarawak
Pelajar tingkatan empat itu berkata kali terakhir dia bertemu dengan kakaknya pada sambutan Hari Gawai tahun lepas.
Jualan kenderaan baharu Malaysia susut 10 peratus - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia pada Mac 2024 susut 10 peratus kepada 71,052 unit, berbanding 78,881 yang didaftarkan pada bulan yang sama tahun lepas, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang catat peningkatan penumpang lima peratus pada Mac 2024
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) merekodkan pertambahan pergerakan penumpang sebanyak lima peratus, meningkat kepada 328,000 daripada 313,000 penumpang pada bulan sebelumnya.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Wajah semua mangsa sudah dikeluarkan TLDM
HRPB maklumkan bedah siasat mungkin selesai pada Rabu.
LA28: Nurul Izzah Izzati wajar disenaraikan dalam progran Fast Track RTG - Amarjit
Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (PKBM) percaya pelumba trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri harus disertakan dalam program Fast Track di bawah inisiatif Road to Gold (RTG) selepa
FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Kerajaan beri amaran kepada telco tidak kenakan caj tambahan untuk akses 5G - Fahmi
Kerajaan akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan terhadap telco yang mengenakan bayaran tambahan kepada pelanggan sedia ada mereka untuk mengakses perkhidmatan 5G.
KKD bincang dengan telco, pastikan tiada gangguan perkhidmatan semasa bencana banjir
Kementerian Komunikasi dan Digital telah mengadakan perbincangan dengan telco supaya bersedia untuk memastikan tiada gangguan perkhidmatan semasa bencana banjir.
Hampir 2 bilion panggilan, 581 juta SMS mencurigakan berjaya disekat - Fahmi
Hampir dua bilion panggilan dan 581 juta SMS mencurigakan disekat daripada sampai kepada pengguna Malaysia.
KKD akan bincang dengan telco, wujudkan pelan data lebih murah untuk penghantar p-hailing
Fahmi Fadzil berkata hasil perbincangan mengenai pakej pelan data itu akan diumumkan dalam masa terdekat sekiranya ia berjalan lancar.
Telco tandatangani perjanjian mengenai pemilikan ekuiti DNB dalam masa terdekat - Fahmi
Semua syarikat telekomunikasi (telco) di negara ini dijangka menandatangani perjanjian langganan saham (SSA) mengenai pemilikan ekuiti dalam Digital Nasional Bhd (DNB) dalam masa terdekat.
Hari Kebangsaan 2023: Telco diarah tingkat kelajuan internet
Penyedia perkhidmatan telekomunikasi telah diarahkan untuk meningkatkan kelajuan perkhidmatan Internet pada hari kemuncak dan lokasi sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Putrajaya pada 31 Ogos ini.
Perubahan pola pemikiran berbelanja pengguna jadi ancaman terbesar telco - Laporan EY
Peningkatan kos sara hidup mendorong pengguna menyesuaikan semula keutamaan perbelanjaan mereka.
MCMC arah syarikat telco larang pautan URL dalam SMS, elak 'scam'
Arahan tersebut dikeluarkan bagi mengelakkan pengguna menjadi mangsa 'scam' atau penipuan dalam talian.
Semua enam telco tandatangan perjanjian perkhidmatan 5G DNB - Tengku Zafrul
Kesemua telco terbabit ialah Maxis, U Mobile, Celcom Axiata, Digi, YTL Communications, dan Telekom Malaysia.
Enam telco dijangka pegang kepentingan ekuiti dalam Digital Nasional - Annuar
Hari ini (30 Jun) merupakan tarikh akhir untuk telco memuktamadkan kontrak rangkaian 5G dan urusan ekuiti di syarikat tujuan khas tersebut.