PEP Guardiola gembira dengan semangat juang yang ditonjolkan Manchester City ketika ketika melepasi rintangan Burnley 2-0 di Etihad Stadium, tengah malam tadi.
City memenangi keempat-empat perlawanan dalam pertemuan liga mereka yang lalu, tetapi kali ini pelawat mencetuskan masalah buat pasukan asuhan Guardiola itu sebaik Bernardo Silva membuka tirai gol.
Ia adalah gol ketujuhnya ke atas Burnley dalam lapan perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) tetapi buntu untuk mengulangi prestasi sama selepas itu.
Bagaimanapun, Kevin De Bruyne memastikan gol kedua dalam perlawanan kedua berturut-turut buat City ketika permainan berbaki 20 minit untuk kelabnya memperoleh kemenangan kesembilan berturut-turut ke atas Burnley dalam semua kejohanan.
Walaupun City kini memiliki enam catatan bersih dalam lapan perlawanan liga musim ini sementara Burnley bergelut tanpa kemenangan dalam 11 perlawanan, Guardiola mengakui pasukannya terpaksa berjuang bersungguh-sungguh.
"Kami berlari dan berjuang untuk setiap bola," katanya kepada BBC Sport.
"Burnley bermain hantaran tinggi dan mereka menjadi jaguh dalam hal ini.
"Kami perlu mempertahankan bola mati dengan baik dan apa pun boleh terjadi seandainya Chris Wood menyumbat gol itu. Sayangnya, kami mempunyai peluang tetapi tidak dapat menjaringkan lebih banyak gol lagi.
"Yang penting adalah meningkatkan permainan kami. Saya berpuas hati dengan persembahan separuh masa kedua yang lebih baik daripada yang pertama. Pasukan menunjukkan kepada saya cara kami mahu beraksi dan rentak permainan yang ingin kami peragakan.
"Semua pemain telah memberikan segalanya. Bukan masalah sama ada persembahannya bagus atau tidak; apa yang penting ialah anda berjuang untuk rakan sepasukan, dan pemain adalah luar biasa."
Guardiola yang menurunkan John Stones dan Raheem Sterling dalam barisan utama yang janggal mengatakan kedua-duanya telah beraksi dengan sangat baik.
Dia menambah: "Ini adalah satu perlawanan yang sukar. Saya cuba memberitahu mereka agar melupakan kemenangan 5-0 sebelum ini kerana Burnley akan sentiasa berjuang dan tidak pernah berputus asa.
"Mereka boleh pergi ke mana-mana stadium dan menimbulkan masalah. Pemain saya tahu apa yang harus dilakukan, jadi hari ini saya memberikan penghargaan tinggi kepada mereka."
Astro Arena
Sun Oct 17 2021
Aksi Bernardo Silva (kiri) dan Pep Guardiola selepas pemain itu digantikan oleh Cole Palmer ketika perlawanan EPL antara Manchester City dan Burnley di Stadium Etihad, Manchester, England, 16 Okt, 2021. (Foto AP)
Enakmen Penukaran Tenaga Haba Lautan 2024 dilulus
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor ketika membentangkan RUU Penukaran Tenaga Haba Lautan 2024 berkata, RUU berkenaan akan memberi laluan bagi pembangunan OTEC sebagai sumber tenaga boleh baharu yang baharu dan sebagai salah satu inisiatif utama di bawah Ekonomi Biru.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Saya akan saman sekiranya ada yang fitnah! - Shafie Apdal
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan menyaman pihak yang memfitnah beliau sebagai pendatang asing.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Kebajikan anak mendiang Felicia akan dijaga - Richard Riot
Ahli Parlimen Serian Datuk Seri Richard Riot Jem menyifatkan mendiang Felicia sebagai wirawati negara dan beri jaminan akan memastikan kebajikan anak mendiang akan diberi keutamaan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Terdapat keperluan tambah bilangan wanita isi jawatan KSU, KP - PM Anwar
Anwar berkata jumlah pimpinan wanita sedia ada tidak mencerminkan jumlah keseluruhan 42 peratus golongan itu yang terlibat sebagai pembuat keputusan dalam perkhidmatan awam ketika ini.
Norjuma didakwa atas lima tuduhan cedera, khianat
Bekas personaliti televisyen Norjuma Habib Mohamed didakwa atas tiga pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas tiga individu dan dua pertuduhan melakukan khianat.
Pegawai kanan polis lindungi sindiket haram diarah isytihar harta - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memberikan notis pengisytiharan harta, dengan tarikh akhir pada 28 April ini, kepada pegawai kanan polis yang ditahan kerana disyaki melindungi sind
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama strategik dalam sektor binaan - Nanta
Kerajaan Malaysia dan Jepun memperkukuhkan kerjasama strategik dalam sektor teknologi dan digitalisasi pembinaan, infrastruktur jalan, pengurusan bencana dan cerun.
Bangkai, serpihan helikopter terhempas dibawa keluar dari lokasi nahas
Operasi membawa keluar bangkai dan serpihan pesawat HOM (M503-3) dan Fennec (M502-6) itu dimulakan pada jam 9 pagi pada Khamis dan selesai sekitar jam 4.30 petang tadi.
MOT cadang perkenal perkhidmatan komuter sokong RTS Link
Kementerian Pengangkutan bercadang memperkenalkan perkhidmatan komuter bagi menyokong projek RTS Link yang akan beroperasi sepenuhnya pada 1 Jan 2027.
Niaga AWANI: Meta turunkan jangkaan untuk hasil suku kedua
Meta meramalkan pendapatan suku kedua mungkin berada di bawah jangkaan pasaran, menandakan kemungkinan semakan mengenai teknologi AI baharu yang boleh meningkatkan perniagaan syarikat.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
UCL: Guardiola tidak kesal Man City tersingkir
Manchester City tewas 3-4 kepada Real Madrid selepas pertemuan suku akhir kedua awal pagi tadi terikat 1-1 dan 4-4 secara agregat.
Guardiola antara punca kejatuhan bola sepak Jerman - Bastian Schweinsteiger
Jerman kehilangan sebahagian daripada nilai mereka kerana cara jurulatih dari Sepanyol itu mengendalikan pasukan ketika bersama Bayern Munich.
EPL: Pep Guardiola anggap perlawanan di Anfield umpama badai 'tsunami'
John Stones memberikan pasukannya kelebihan dengan jaringan gol pendahuluan pada minit ke-23.
EPL: Pep Guardiola mahu anak buahnya sedia perangi Liverpool
Guardiola mahu Manchester City agar bersedia untuk 'mengatasi segala rintangan' dalam perlawanan merebut kejuaraan EPL menentang Liverpool.
EPL: Jurgen Klopp puji Pep Guardiola, pertembungan epik Liverpool, Man City
Liverpool akan menerima kunjungan juara Manchester City pada Ahad dengan kedua-dua pasukan mengejar sejarah dalam pertembungan besar EPL.
Guardiola tempelak perancang jadual EPL
Guardiola berkata tiada negara lain paksa wakilnya bermain liga domestik pada Ahad apabila mereka ada perlawanan peringkat Eropah pada Rabu.
Kritik berat badan Kalvin Phillips, Pep Guardiola mohon maaf
Guardiola membuat komen itu setelah mengetepikan pemain tengah City dan England itu daripada perlawanan Piala Carabao menentang Liverpool.
Kalvin Phillips dedah dilabel 'berat berlebihan' turut jadi punca tinggalkan Man City
Pemain kebangsaan England itu berhijrah ke West Ham selepas jendela perpindahan dibuka.
Gemilang City dakap trofi kelima
City yang dibimbing Pep Guardiola sudah memiliki koleksi trofi EPL, Piala FA, Liga Juara-Juara dan Piala Super UEFA tahun ini.
'Peluang sekali seumur hidup' - Pep Guardiola
City dalam misi menjadi kelab Inggeris keempat untuk menjulang kejuaraan Piala Dunia Kelab.