MANCHESTER UNITED 1 SHEFFIELD UNITED 2 

Manchester United gagal mengutip tiga mata penuh dalam pemburuannya untuk mendahului Liga Perdana Inggeris (EPL).

Sebaliknya, The Red Devils tumpas kepada pasukan bawahan, Sheffield United dengan 1 - 2 dalam aksi di di Old Trafford awal pagi tadi.

Pelawat mengejutkan tuan rumah pada minit ke-23 menerusi tandukan Kean Bryan.

Kedudukan 1 - 0 kekal sehingga tamat babak pertama.

Babak kedua menyaksikan Harry Maguire menyamakan kedudukan.

Namun, kedudukan seri tidak lama apabila berbaki 16 minit perlawanan, pelawat sekali lagi meledak jaringan untuk menjadikan kedudukan dua satu.

Keputusan meletakkan Manchester United kini masih di tangga kedua liga.

Sementara Sheffield United kekal dalam zon penyingkiran.