Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) telah memulakan Kempen Liga Juara-juara Nissan UEFA untuk tahun kedua.

Kempen Liga Juara-juara Nissan UEFA akan berlangsung sepanjang bulan Mac. Pelanggan Nissan yang membeli kenderaan Nissan boleh mengambil bahagian dan berpeluang memenangi percutian yang ditanggung sepenuhnya ke perlawanan separuh akhir Liga Juara-juara UEFA 2015/16 di Eropah.

Bagi menambah keterujaan kempen ini, ETCM menjemput semua peminat bola sepak supaya mengundi gol-gol kegemaran mereka menerusi peraduan ‘Goal of The Week’ di http://bit.ly/NissanUCL-GOTW dari 16 Mac hingga 3 April 2016. Peraduan ‘Goal of The Week’ Liga Juara-juara UEFA dianjurkan oleh Nissan memberi peluang kepada peminat bola sepak di seluruh dunia untuk menentukan gol-gol paling cantik dan teknikal sepanjang perlawanan. Ia memberi memberi peluang kepada mereka untuk memenangi barangan Liga Juara-juara UEFA.

ETCM turut menawarkan kenderaan stok tahun 2016 pada harga tahun 2015 untuk beberapa model Nissan terpilih di semua bilik pamerannya di seluruh negara. Semua model Nissan juga hadir bersama promosi menarik seperti rebat tunai, tawaran penukaran (trade-in) dan pakej pembiayaan yang inovatif.

Orang ramai juga dijemput mengunjungi bilik pameran dan siri jelajah Nissan untuk menikmati pelbagai tawaran hebat. Di samping mendapatkan barangan Liga Juara-juara Nissan UEFA eksklusif secara percuma dengan hanya memandu uji kenderaan Nissan.

Tarikh siri jelajah Nissan adalah seperti berikut:
TarikhLokasi
11 - 13 MacParadigm Mall, Petaling Jaya
11 - 13 Mac1 Borneo Hypermall, Kota Kinabalu
11 - 13 MacPark City Mall, Bintulu
15 - 20 MacAeon Seremban 2, Seremban
15 - 20 MacMentakab Star Mall, Mentakab
16 - 20 MacIOI City Mall, Putrajaya
18 - 20 MacStar Megamall, Sibu
24 - 27 MacTaiping Sentral Mall
25 - 27 MacImago Times Square, Kota Kinabalu

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman www.nissan.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Nissan di talian 1800-88-3838.