KUALA LUMPUR : Etika dan moral pemimpin politik Melayu dikatakan semakin menurun dan teruk pada era selepas kemerdekaan negara.
Dalam masa sama, penulis buku 'Corruption and Hypocrisy in Malay Muslim Politics: The Urgency of Moral-Ethical Transformation' Profesor Emeritus Tan Sri Mohd Kamal Hassan kecewa dengan pemimpin berkenaan yang lebih membudayakan nilai kebendaan dan politik import barat.
"Saya memang berasa amat-amat kecewa dengan pemimpin politik orang Melayu. Dari kecil saya lihat perkembangan politik.
"Saya dari Kelantan. Di Pasir Mas itu lubuk Pas. Kebetulan ayah saya pemimpin UMNO dan bapa saudara saya pemimpin Pas, duduk serumah. Waktu itu parti panas, saya begitu kecewa.
"Saya kata kalau beginilah saya tidak akan ceburi politik tetapi saya tetap ikut perkembangan.
"Jadi sampai kemerdekaan masih baik, tetapi selepas kemerdekaan, masuk zaman kebendaan, politik Melayu semakin menurun dari segi prestasi moral dan etika.
"Budaya kebendaan dan politik diimport barat menyebabkan kita berpecah, jadi saya kecewa.
"Jadi saya menyampai hasrat yang sangat kecewa dengan pemimpin politik Melayu hari ini," katanya semasa menjadi tetamu program 'Bersama Johan Jaaffar' yang disiarkan secara langsung di Facebook Sinar Harian pada Rabu malam.
Menurut Mohd Kamal, dikotomi atau pemisahan yang memisahkan kerohanian dalam politik negara juga perlu dihapuskan.
Ujarnya lagi, beliau melihat penerimaan dan pengimportan sistem demokrasi barat melalui sistem Westminster tanpa mengkaji secara mendalam hanya memecahkan budaya Melayu.
"Budaya Melayu berteraskan feudalisme, kesetiaan kepada raja tidak ada nilai adversary. Tidak ada nilai rakyat menentang raja, tiada. Rakyat melawan rakyat tidak ada.
"Jadi kita import politik barat, maka kita memecahkan, merosakkan budaya Melayu yang berteraskan kepada kerjasama, gotong royong, dan menghormati," ujarnya.
Katanya lagi, Malaysia memerlukan sistem politik yang berteraskan kebertanggungjawaban kepada tuhan.
"Saya tidak mahu sebut sistem politik Islam. Saya tidak sebut pun dalam buku ini. Sistem demokrasi kita boleh terima.
"Saya mahu demokrasi itu dimurnikan, jangan diteruskan unsur-unsur barat," tambah beliau lagi.
Rahimah Abdullah
Thu Feb 17 2022
Menurut Mohd Kamal, dikotomi atau pemisahan yang memisahkan kerohanian dalam politik negara juga perlu dihapuskan. -Gambar Astro AWANI
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Etika, moral pemimpin politik Melayu semakin teruk - Prof Mohd Kamal
Etika dan moral pemimpin politik orang Melayu dilihat semakin menurun dan teruk pada era selepas kemerdekaan negara.