LANGKAWI: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa bayaran e-Tunai Belia Rahmah dalam bentuk e-Wallet akan mula diagihkan kepada golongan belia berusia 18 sehingga 20 tahun bermula bulan hadapan.
Beliau yang juga Menteri Kewangan secara berseloroh mengingatkan golongan belia untuk tidak percaya secara 'bulat-bulat' berkenaan maklumat berkaitan di aplikasi TikTok berkaitan pembayaran yang didakwa akan diberikan pada bulan lepas.
"Siapa (yang) kata bulan April, kalau Menteri Kewangan kata (memang) betul, kalau TikTok kata (kena periksa dahulu).
"Tetapi ini Menteri Kewangan hendak jawab (soalan berkaitan itu), (kepada yang) tanya e-Belia bila dapat, (sekarang) ini bulan lima (Mei), bulan enam (Jun) insya-Allah kita (akan) bagi, (tetapi) kalau beri nombor telefon, saya (akan) beritahu terus," katanya.
Anwar berkata demikian pada sesi soal jawab Santai Petang dan Dialog bersama Perdana Menteri di Dewan Gunung Mat Chinchang, Kolej Vokasional Langkawi, di sini pada Rabu.
Perdana Menteri sebelum ini ketika membentangkan Belanjawan 2023 Malaysia Madani di Dewan Rakyat 24 Februari lalu menyatakan bahawa kerajaan akan memberikan kredit e-tunai berjumlah RM200 kepada dua juta belia berusia 18 hingga 20 tahun.
Peruntukan berkenaan meliputi keseluruhan peruntukan sebanyak RM400 juta.
Abd Hadi Che Awang
Wed May 24 2023
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Program Santai Petang dan Dialog bersama anak muda Langkawi di Kolej Vokasional Langkawi hari ini. - Foto Bernama
Amalan pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti fizikal punca utama obesiti - Dr Dzulkefly
Amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal merupakan komponen utama yang menyumbang kepada masalah obesiti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Tingkat jumlah pelajar antarabangsa: KPT rangka langkah permudah prosedur imigresen
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang merangka langkah untuk mempermudahkan prosedur imigresen dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa ke Malaysia.
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Raja Salman jalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jeddah
Pemeriksaan itu yang diadakan pada Rabu (24 April), dijangka berlangsung beberapa jam.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan mangsa tersepit berjaya dibawa keluar dari kereta pada jam 4.11 petang.
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
E-Tunai Belia Rahmah akan dibayar bulan depan- PM Anwar
Perdana Menteri mengesahkan bahawa bayaran e-Tunai Belia Rahmah dalam bentuk e-Wallet akan mula diagihkan kepada golongan belia berusia 18 sehingga 20 tahun bermula bulan hadapan.
Cadangan luaskan kawasan ESSCom antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu itu terkandung dalam pertanyaan Datuk Zakaria Mohd Edris (Bersatu-Libaran), memandangkan kes penculikan kru bot di negeri berkenaan telah beralih ke laut terbuka.