Euro 2020: Bellingham lakar sejarah muncul pemain termuda

Astro Arena
Jun 13, 2021 21:57 MYT
Jude Bellingham cuba dicabar pemain Croatia Luka Modric (kanan) ketika perlawanan Euro 2020 kumpulan D antara England dan Croatia, di stadium Wembley, London, 13 Jun, 2021. (Foto AP)
JUDE Bellingham menjadi pemain termuda yang muncul dalam Kejohanan Eropah selepas pemain tengah England berusia 17 tahun itu masuk dari bangku simpanan ketika menentang Croatia, malam tadi.
Pemain Borussia Dortmund itu menggantikan ketua pasukan, Harry Kane, pada minit ke-82 untuk penampilan kelimanya di peringkat senior.
Dia melakar sejarah dalam Euro 2020 dengan penampilannya pada usia 17 tahun dan 349 hari, menurut Opta.
Malah, Bellingham juga menjadi pemain termuda England dalam kejohanan besar.
Sebelum ini, pemain termuda dari mana-mana negara yang muncul dalam pusingan akhir kejohanan peringkat benua itu adalah Jetro Willems -- yang tampil untuk Belanda pada usia 18 tahun dan 71 hari ketika bertemu Denmark dalam Euro 2012.
The Three Lions mendahului Croatia hasil penyudah Raheem Sterling pada minit ke-57 ketika Bellingham dimasukkan.
Pasukan bimbingan Gareth Southgate itu mengekalkan penguasaan mereka untuk kemenangan 1-0 dalam aksi pembukaan Kumpulan D Euro 2020 itu.
Ini kali pertama England memenangi aksi pembukaan dalam Kejohanan Euro selepas menempa lima seri dan empat kekalahan.

17 - Aged 17 years and 349 days, Jude Bellingham is now the youngest ever player to appear in the European Championship finals for any nation, and youngest English player to play in any major tournament (World Cup & Euros). Stage. #ENG #CRO #EURO2020 pic.twitter.com/m5IetpFISr

— OptaJoe (@OptaJoe) June 13, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Jude Bellingham #England #Croatia #kejohanan Eropah #Euro 2020 #Borussia Dortmund #penampilan kelima #pemain termuda