LONDON: Seorang peminat bola sepak dikejarkan ke hospital setelah cedera parah akibat terjatuh dari tingkat atas Stadium Wembley ketika menyaksikan Euro 2020 di antara England dan Croatia malam tadi.

Pemilik Stadium Wembley, Persatuan Bola Sepak Inggeris memaklumkan pihaknya kini memantau keadaan dan pegawainya sedang bekerjasama dengan UEFA untuk memastikan insiden itu disiasat.

Kejadian dilaporkan berlaku sejurus sepak mula perlawanan. Tiada maklumat lain yang diberikan.

Pihak stadium dalam satu kenyataan berkata penonton berkenaan "diberi rawatan perubatan di lokasi dan dibawa ke hospital dalam keadaan parah."

UEFA mengesahkan kejadian namun menolak untuk memberi komen atas alasan privasi.