NIBONG TEBAL: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memohon semua pihak untuk bersabar dan memberi sedikit masa kepadanya untuk mendengar segala pandangan semua pihak termasuk pemegang taruh sebelum memutuskan sebarang tindakan berkaitan isu pendidikan kelak.

Beliau berkata,  isu pendidikan amat penting kerana ia melibatkan banyak pihak dan segala maklum balas  pihak berkenaan perlu  dalam memastikan sistem pendidikan negara berada dilandasan tepat.

Beliau turut memberi jaminan segala isu yang dibangkitkan akan cuba diselesaikan satu persatu mengikut proses.

"Saya mohon semua untuk bersabar kerana isu pendidikan ini sangat penting ia melibatkan semua pihak sebagaimana saya sebutkan tadi pemegang taruh sangat besar dan kementerian ini sangat besar.

"Saya mohon sedikit kesabaran kepada semua dan Insyallah kita akan cuba selesaikan satu persatu mengikut proses, proses sangat penting kerana kita adalah kementerjan yang cukup besar dan keutamaan kita sekali lagi adalah ibu bapa dan kanak kanak di sekolah," katanya.

PANTAU PENCAPAIAN KERAJAAN BAHARU DI SINI!


Pendidikan Negara | Menteri Pendidikan minta sedikit masa

BACA: KPM, Fadhlina adakan sidang media khas minggu depan


Beliau yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata demikian kepada media pada majlis Kenduri Rakyat anjuran Parlimen Nibong Tebal di pekarangan Masjid Daerah Seberang Perai Selatan, Jawi pada Sabtu.

Mengulas lanjut beliau berkata, isu seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) serta kalendar akademik persekolahan akan diperincikan dalam sidang media khas minggu hadapan.