KUALA LUMPUR: Naib Yang Dipertua Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), Datuk Seri Fadillah Yusof yang dilantik semula sebagai Menteri Kanan Kerja Raya dalam Kabinet baharu yang diumumkan hari ini, memegang jawatan sama dalam tiga pembentukan kerajaan terakhir.
Fadillah, 57, Ahli Parlimen Petra Jaya menyandang jawatan itu semasa kerajaan Barisan Nasional (BN) mentadbir negara pada 2013 hingga 2018 dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada 9 Mac 2020 hingga 16 Ogos 2021 dan kini di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau juga pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi pada 2008.
Semasa beliau menerajui Kementerian Kerja Raya, projek Lebuhraya Pan Borneo sepanjang 1,089 kilometer merentasi Sarawak dan Sabah dilaksanakan pada 2015.
Fadillah, yang juga Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS), dilihat menyambung legasi bapanya Allahyarham Yusof Merais yang merupakan pejuang ketika era antipenyerahan Sarawak kepada Kolonial British pada 1946.
Perjuangan beliau membela rakyat bermula semasa berkhidmat sebagai peguam setelah memperoleh Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti Malaya pada 1986 dan diteruskan apabila menyertai politik sebagai ahli PBB pada 1989.
Bapa kepada lima anak ini buat pertama kalinya bertanding kerusi Parlimen Petra Jaya pada Pilihan Raya Umum ke-11 (PRU11) pada 2004 sebelum mempertahankan kerusi itu pada PRU12, PRU13 dan PRU14.
Fadillah pernah mewakili Ahli Parlimen Malaysia pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan dilantik sebagai Pengerusi Institusi Masyarakat (Wanita dan Kaukus Gender).
Beliau turut pernah mengetuai delegasi Parlimen Malaysia ke Persatuan Parlimen Antara Asia dan menjadi ahli perwakilan untuk Seminar Sosial Antarabangsa di Korea. - BERNAMA
Bernama
Fri Aug 27 2021
Fadillah menyandang jawatan Menteri Kerja Raya semasa Barisan Nasional tadbir negara, Perikatan Nasional dan kini di bawah kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob. - Gambar fail
Iran buka semula ruang udara, tarik balik sekatan penerbangan
Iran telah menarik balik sekatan penerbangan di seluruh negara, membuka jalan untuk menyambung semula penerbangan berjadual di semua lapangan terbangnya.
iPhone 17 Plus mungkin guna saiz skrin lebih kecil
Apple dilihat benar-benar ingin mengasingkan model Pro Max sebagai model paling mercu dengan ciri eksklusif seperti iPhone 15 Pro Max.
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Kes tangkapan lelaki Israel: 10 ditahan semula di bawah Sosma
Tiga terdiri suspek utama iaitu Avitan dan pasangan suami isteri telah dituduh di mahkamah pada minggu lalu, manakala lima lagi dibebaskan.
K'jaan setuju salur peruntukan kepada pembangkang - Fadillah
Satu deraf MoU akan dirangka serta dipanjangkan kepada pihak pembangkang, sebagai langkah perundingan seterusnya.
Peruntukan pembangkang: PM Anwar selesai bermesyuarat
Mesyuarat yang bermula kira-kira jam 5.50 petang turut dihadiri pemimpin utama parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.
Serangan Iran ke atas Israel: Wisma Putra perlu bersedia, pantau rakyat Malaysia - Fadillah
Kementerian Luar perlu berada dalam keadaan bersedia memantau keselamatan rakyat Malaysia di negara berisiko susulan serangan dron dan peluru berpandu oleh Iran ke atas Israel.
Kerajaan Perpaduan bincang peruntukan buat pembangkang pada 17 April - Fadillah
Fadillah berkata hal ini susulan pertemuan beliau dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Parlimen pada 19 Mac lepas.
Kerajaan bangunkan indikator khusus ukur tahap keterjaminan makanan - Fadillah
Kerajaan akan membangunkan indikator khusus menerusi pembangunan indikator keterjaminan makanan yang berdaya saing bagi mengukur tahap keterjaminan makanan negara.
Jawatankuasa teknikal MA63 bincang isu pendidikan, kesihatan April ini - Fadillah
Fadillah berkata mesyuarat itu susulan perbincangan peringkat pegawai yang selesai diadakan Sarawak bagi mengenal pasti isu kuasa yang boleh diserahkan kepada kerajaan negeri.
Manfaatkan media sosial ke arah kebaikan, elak isu perkauman - Fadillah
Rakyat Malaysia diseru memanfaatkan platform media sosial dengan berkongsi perkara membawa kebaikan dan bukan kepada isu perkauman.
Cuaca panas: Kerajaan pantau paras empangan, pastikan bekalan air cukup
Kerajaan akan terus memantau paras air empangan di seluruh negara bagi memastikan bekalan air mencukupi berikutan cuaca panas dan kering.
Kerajaan perkenal Skim Insentif SolaRIS galak pemasangan sistem solar PV
Kerajaan memperkenalkan Solar for Rakyat Incentive Scheme (SolaRIS) iaitu program insentif khusus untuk menggalakkan pemasangan sistem solar fotovoltaik (PV) di premis kediaman.
Cuaca panas: Caj elektrik masih berdasarkan jumlah penggunaan, bukan nilai rumah
Caj penggunaan elektrik masih dikenakan berdasarkan jumlah penggunaan bulanan dan bukannya nilai rumah.