IPOH:Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, beliau akan meletak jawatan sebaik sahaja Menteri Besar yang baharu dilantik.
Jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang itu, buat sementara waktu, beliau akan meneruskan tanggungjawab bagi memastikan pentadbiran kerajaan negeri terus berjalan.
Menurutnya, kerajaan negeri masih berfungsi seperti biasa sehingga Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan seorang ADUN yang mendapat mandat majoriti untuk menggalas jawatan menteri besar.
"(Kerajaan negeri) Masih lagi berfungsi seperti biasa sehingga seorang daripada ADUN dapat membuktikan bahawa beliau mempunyai mandat majoriti di dalam dewan sekali gus mendapat perkenan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
"Apabila sudah ada, saya akan meletak jawatan dan membenarkan transisi berjalan dengan baik. Saya akan memaklumkan mengenai perkara itu (peletakan jawatan)," katanya.
LAPOR LANGSUNG: Pemimpin PH menghadap Sultan Perak: Apa bakal jadi hari ini?
Beliau ditemui selepas menyampaikan bantuan kepada sembilan buah sekolah persendirian Cina di pejabatnya di Ipoh pada Sabtu.
Semalam, Ahmad Faizal gagal mendapat sokongan majoriti sebagai Menteri Besar apabila usul undi percaya terhadap beliau yang dibentangkan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tidak mendapat sokongan majoriti ADUN.
Dalam proses pengundian yang dijalankan secara sulit itu, usul yang dibawa ADUN Pengkalan Baharu, Datuk Abdul Manap Hashim hanya mendapat 10 undi, berbanding 48 yang tidak menyokong dan satu berkecuali.
Abd Razak Mohd Ali
Sat Dec 05 2020
Ahmad Faizal (dua dari kiri) menyampaikan cek bantuan kepada wakil sekolah persendirian Cina di pejabatnya di Ipoh pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Laporan interim nahas helikopter TLDM dalam dua minggu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas helikopter Lumut: Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota TLDM yang maut dalam nahas helikopter di Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun pada Rabu.
Lebih sebulan berlalu, polis masih kesan pemilik sebenar wang RM500,000 dalam bagasi
Polis masih mengesan pemilik sebenar wang tunai lebih RM500,000 yang ditemui dalam bagasi di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Damansara pada 20 Mac lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Bersatu beri bayangan ketengah calon Melayu
Bersatu beri bayangan calon yang akan diketengahkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu Mei ini ialah calon Melayu.
Proses bedah siasat 10 mangsa selesai
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu
[TERKINI] Laporan interim dalam tempoh dua minggu
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin menyatakan komitmen tersebut pada mesyuarat kabinet yang diadakan pada Rabu.
Tak boleh tolak permohonan pasport jika pemohon tidak fasih Bahasa Melayu - JIM
JIM tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan.
Lima penjawat awam direman bantu siasatan kes terima suapan
Lima penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menerima suapan RM3,000 hingga RM15,000 daripada kontraktor berkait kerja pembersihan.
AFPPD pilih Malaysia jadi tuan rumah pejabat sekretariat
Forum Ahli Parlimen Negara Asia Mengenai Populasi dan Pembangunan (AFPPD) memilih Malaysia sebagai pilihan utama untuk menempatkan pejabat sekretariatnya.
Larangan pasang khemah di tiga kawasan pantai Port Dickson
Larangan pasang khemah di tiga kawasan pantai Port Dickson
Negeri Sembilan bentang Belanjawan 2024 RM555 juta, hasil RM520 juta
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2024 berjumlah RM555 juta dengan anggaran hasil sebanyak RM520 juta dan belanjawan pembangunan mencecah RM140 juta.
MB Kelantan pegang lima portfolio Exco
Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud memegang lima portfolio pada penggal pentadbiran kali ini.
Amirudin mula tugas sebagai MB Selangor hari ini
Beliau tiba sambil diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Haris Kasim serta pegawai-pegawai penjawat awam negeri.
"Cukup-cukuplah berpolitik, rakyat, beta dah penat dengar" - Sultan Selangor
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan ahli-ahli politik agar memberikan fokus kepada masa depan negeri dan negara serta rakyat.
Menteri Besar, Exco Selangor angkat sumpah hari ini
Istiadat Angkat Sumpah dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan akan diadakan pada jam 11 pagi di Istana Alam Shah.
Pesawat terhempas Elmina: Jangan sebar imej, video mangsa terkorban - MB Pahang
Wan Rosdy meminta orang ramai tidak menyebarkan imej atau video mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat dekat Elmina, Shah Alam, Selangor, petang tadi.
MB: 'Tunggu istana umum' - Amirudin
Sebarang pengumuman berkaitan Menteri Besar Selangor ke-17 yang baharu hanya akan dikeluarkan pihak Istana.
Panglima perang bakal MB Kelantan?
Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dikatakan sudah mengadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Sultan Muhamad ke lima pagi tadi.
Aminuddin angkat sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun selesai mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan, bagi penggal kedua pada Isnin.