Faizal Azumu, Speaker DUN menghadap Sultan Perak petang ini

Harits Asyraf Hasnan
Disember 4, 2020 06:06 MYT
Mohamad Zahir akan menyembah maklum berhubung keputusan usul undi percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang diputuskan DUN pagi tadi. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dijadual menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah petang ini.
Beliau mengesahkan perkara itu dalam temu bual eksklusif bersama Astro AWANI sebentar tadi.
Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan sumber Astro AWANI memaklumkan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid juga akan menghadap Sultan Perak di Istana Kinta, Ipoh.
Menurut sumber, Mohamad Zahir akan menyembah maklum berhubung keputusan usul undi percaya terhadap Ahmad Faizal yang diputuskan DUN pagi tadi.
“Sembah maklum itu dijadual berlangsung jam 5 petang ini di Istana Kinta di Ipoh, Perak,” kata sumber kepada Astro AWANI.
Media dimaklumkan sebarang kenyataan dari Istana Kinta hanya akan dimaklumkan selepas sesi menghadap itu.
#Sultan Perak #Menteri Besar #Perak #Menteri Besar Perak #Ipoh #Kerajaan Perak #usul undi percaya #Faizal Azumu