Fasa 2 PPN: Tiada lagi SJR, rentas daerah kini dibenarkan di Lembah Klang

Fareez Azman
September 8, 2021 12:07 MYT
Rentas daerah dibenarkan dan tiada sekatan jalan raya akan dilaksanakan (Selangor, WPKL dan WPP). - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula 10 September ini.
Ini perkara yang dibenarkan kepada individu lengkap dua dos vaksin di Lembah Klang.
* Rentas daerah dibenarkan dan tiada sekatan jalan raya akan dilaksanakan (Selangor, WPKL dan WPP);
* Pasangan suami isteri jarak jauh dibenarkan untuk merentas negeri;
* Ibu bapa dibenarkan merentas negeri untuk berjumpa anak mereka yang berusia di bawah 18 tahun;
* Dine-in dibenarkan di premis makanan untuk pelanggan yang lengkap menerima dua dos vaksin;
* Aktiviti pelancongan hanya dibenarkan dalam negeri yang sama yang melibatkan penginapan di hotel dan rumah inap;
* Aktiviti sukan terbuka dan tertutup dibenarkan beroperasi kecuali gimnasium;
* Fasiliti sukan terbuka dan tertutup dibenarkan beroperasi secara janji temu dan mengikut SOP; dan
* Kelonggaran tambahan bagi aktiviti kedai gunting, hairdresser dan salon kecantikan dibenarkan.
#ismail sabri yaakob #fasa 2 ppn #Pelan Pemulihan Negara #Lembah Klang