KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula 10 September ini.

Ini perkara yang dibenarkan kepada individu lengkap dua dos vaksin di Lembah Klang.

* Rentas daerah dibenarkan dan tiada sekatan jalan raya akan dilaksanakan (Selangor, WPKL dan WPP);

* Pasangan suami isteri jarak jauh dibenarkan untuk merentas negeri;

* Ibu bapa dibenarkan merentas negeri untuk berjumpa anak mereka yang berusia di bawah 18 tahun;

Dine-in dibenarkan di premis makanan untuk pelanggan yang lengkap menerima dua dos vaksin;

* Aktiviti pelancongan hanya dibenarkan dalam negeri yang sama yang melibatkan penginapan di hotel dan rumah inap;

*  Aktiviti sukan terbuka dan tertutup dibenarkan beroperasi kecuali gimnasium;

* Fasiliti sukan terbuka dan tertutup dibenarkan beroperasi secara janji temu dan mengikut SOP; dan

* Kelonggaran tambahan bagi aktiviti kedai gunting, hairdresser dan salon kecantikan dibenarkan.