ALOR SETAR: Kenyataan terbaharu oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mengatakan kestabilan hanya akan dicapai sekiranya Barisan Nasional tidak lagi dipilih rakyat disifatkan sebagai tuduhan yang tidak berasas dan hanya mahu memburukkan BN dan UMNO.
Pengarah Komunikasi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Masyri menyifatkan kenyataan yang dibuat pemimpin itu pada Sabtu itu sebagai "dayus" selain hanyalah satu fatwa terbaharu Pas semata-mata untuk meruntuhkan Muafakat Nasional (MN).
Tambahnya, Sanusi juga tidak mempunyai sifat berani dengan berkata sedemikian terhadap dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) wanita BN di Kedah secara berhadapan, sebaliknya memilih untuk melemparkan tuduhan sedemikian ketika beliau berada di Johor, baru-baru ini.
Tindakan itu sekali gus tidak lagi dapat menyembunyikan sikap sebenar Pas yang lebih suka bersama parti yang penuh dengan "katak" dan didakwa turut bersekongkol untuk "menipu" rakyat ketika bersama Pakatan Harapan (PH) didalam Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14).
"Sanusi perlu sedar bahawa dia menjadi Menteri Besar (MB) secara percuma, di atas tiket ketidakstabilan politik PH setelah "katak-katak politik" itu mengkhianat gabungan mereka.
"Sewajarnya, MB Kedah perlu berterima kasih kepada "katak-katak politik" itu dan dua ADUN BN yang memberi sokongan kepadanya untuk memegang kuasa di negeri Kedah, bukan mencemari keharmonian pentadbiran yang wujud dalam Kerajaan Negeri Kedah,
"MB Kedah juga tahu bahawa PRU14 dimenangi PH atas tiket penipuan, dusta dan bohong serta fitnah kepada rakyat malah beliau sendiri menjadi MB secara percuma atas ketidaktabilan politik dan bukannya kekuatan PAS itu sendiri", katanya dalam satu kenyataan kepada Astro AWANI hari ini.
Dalam perkembangan sama, Syed Johan turut mencabar MB Kedah itu untuk mengumumkan penamatan kerjasama MN di Kedah dan segera membubarkan DUN negeri itu.
"Jika benar beliau bermaruah, sila umum tamatkan MN dan bubar DUN Kedah dengan kadar segera", tegasnya.
Pada Jumaat, Sanusi menerusi satu kenyataan menyatakan kestabilan politik dalam negara seperti yang sering dilaungkan BN khususnya UMNO disifatkan hanya boleh dicapai sekiranya parti itu tidak lagi memerintah.
Menurutnya, ia berikutan ketidakstabilan politik berlaku sehingga beberapa siri PRN terpaksa diadakan disebabkan tindakan BN selepas diberi peluang kembali memerintah.
Sanusi dalam ucapannya ketika pelancaran Majlis Jentera Pemuda PN Negeri Johor di Parit Besar, Johor pada Sabtu, berkata formula untuk mengecapi kestabilan adalah dengan tiadanya UMNO. Tambahnya, di Kedah tidak timbul masalah kerana bukan BN yang berkuasa.
Abd Hadi Che Awang
Sun Feb 13 2022
Menurut Johan, Sanusi juga tidak mempunyai sifat berani dengan berkata sedemikian terhadap dua ADUN wanita BN di Kedah secara berhadapan, sebaliknya memilih untuk melemparkan tuduhan sedemikian ketika beliau berada di Johor. - Foto Astro AWANI
Menteri Luar Mesir ucap takziah kepada Malaysia atas bencana banjir
Menteri Luar Mesir Dr. Badr Abdelatty menyampaikan ucapan takziah kepada Malaysia susulan tragedi banjir yang mengorbankan nyawa dan menyebabkan kemusnahan besar.
Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS untuk hari kelima berturut-turut pada Jumaat berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC)
AWANI Tonight: Batu Puteh RCI: PM dismisses persecution claims against Tun M
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim clarified that the Royal Commission of Inquiry on the Batu Puteh case was not to target Tun Dr. Mahathir Mohamad, noting that the special task force was formed under Datuk Seri Ismail Sabri's administration.
AWANI Tonight: Indonesia’s Prabowo mulls scrapping regional elections to cut costs
Indonesian President Prabowo Subianto suggests doing away with one of the country’s two nationwide elections to cut costs, resembling a model used during the country’s three-decade authoritarian rule.
AWANI Ringkas: Musa Aman bakal TYT Sabah baharu?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Semua pihak perlu berganding bahu bantu mangsa banjir - Nga
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming menyeru semua pihak supaya berganding bahu membantu mangsa yang terjejas dengan bencana banjir.
Komentar berunsur perkauman, agama masih perlu dikawal pasca pindaan Akta 588 - Tan Li Pei
Sebarang kandungan, perkongsian dan komentar di media sosial masih perlu dikawal pasca pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588).
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur pada Jumaat ditutup bercampur-campur di tengah-tengah aliran menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari
Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.
AWANI 7:45 [13/12/2024] – Laporan RCI Kaji Keputusan Kabinet | Kapasiti 50 Megawatt | Kategori Oku Fizikal 65.2 Peratus | Majoriti Kekayaan Saham Tesla
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Sanusi lepas bebas satu kes hasut
Mahkamah memerintahkan Sanusi dilepaskan dan dibebaskan (DNA) daripada satu pertuduhan.
MB Kedah berpindah, kediaman terjejas banjir
Pekarangan kediaman itu mula dinaiki air dari Sungai Anak Bukit awal pagi semalam.
Sanusi kata ada komplot gagalkan pelaburan, saya tetap sokong Hyundai masuk ke Kedah – PM
Perdana Menteri menegaskan adalah keputusannya untuk membawa masuk pelaburan syarikat permotoran gergasi Korea Selatan, Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Cadangan bina Pelabuhan Sanglang telah dikemuka kepada Kementerian Pengangkutan - Sanusi
Syarikat yang dilantik untuk membangunkan Pelabuhan Sanglang di Kubang Pasu telah mengemukakan cadangan pembangunan prasarana berkenaan kepada Kementerian Pengangkutan.
Penjawat awam Kedah terima bantuan khas kewangan RM2,000 - Sanusi
Kerajaan Kedah mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan berjumlah RM2,000 kepada 5,376 penjawat awam di negeri ini.
MB Kedah sokong gesaan PM singkir Israel daripada PBB
Muhammad Sanusi berkata sememangnya kewujudan negara rejim Zionis itu tidak pernah diiktiraf Malaysia dan idea perdana menteri itu merupakan sesuatu yang baik.
AGC belum putuskan representasi kedua Sanusi agar pertuduhan menghasut ditarik balik
Ini merupakan representasi kedua Ahli Dewan Undangan Negeri Jeneri, Kedah itu selepas yang pertama ditolak oleh AGC pada Mei lepas.
MB Kedah akan patuhi titah Sultan Selangor, jaga tutur kata
Menteri Besar Kedah itu juga berazam akan mematuhi titah nasihat Sultan Selangor untuk lebih berhati-hati serta menjaga tutur kata khususnya ketika berada di Selangor.
AGC masih pertimbang representasi MB Kedah, kes ditangguh 25 Oktober
Mahkamah menetapkan 25 Oktober untuk sebutan semula kes dan Sanusi diwajibkan menghadiri prosiding pada hari tersebut.
Sultan Selangor terima permohonan maaf Sanusi, titah jaga adab sebagai pemimpin
Sultan Selangor berkenan menerima permohonan ampun dan maaf daripada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor atas nama ukhwah sesama Islam serta bangsa Melayu.