PUTRAJAYA: Pelaburan asing di Malaysia mencatatkan aliran masuk bersih RM14.6 bilion pada tahun 2020 berbanding RM32.4 bilion pada tahun sebelumnya.
Menurut kenyataan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada Jumaat, pelaburan luar negara pula mencatatkan RM11.9 bilion.
Tambahnya pada akhir tahun 2020, kedudukan FDI mencatatkan nilai lebih tinggi RM698.8 bilion.
Menurut Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin, aktiviti ekonomi di peringkat global terjejas dengan teruk sepanjang tahun 2020 berikutan penularan pandemik COVID-19 yang seterusnya mempengaruhi prestasi pelaburan global.
"Berdasarkan kepada UN Conference on Trade and Development (UNCTAD), FDI secara global jatuh 42 peratus pada tahun 2020 berbanding 2019.
"Oleh yang demikian, pelaburan asing ke Malaysia pada 2020 menurun sebanyak 54.8 peratus untuk mencatatkan RM14.6 bilion, yang terendah sejak 2009 (RM5.1 bilion)," katanya.
Ujar Mohd Uzir walaupun aliran FDI jatuh pada tahun 2020, trend menurun ini tidak berterusan pada permulaan tahun 2021 berdasarkan Statistik FDI dan DIA Suku Pertama 2021 yang diterbitkan pada Mei lepas.
“Aliran FDI di Malaysia menunjukkan pemulihan dengan mencatatkan RM9.1 bilion yang merupakan pelaburan tertinggi sejak Malaysia dilanda penularan pandemik COVID-19.
"Peningkatan dalam pelaburan ini disumbangkan oleh aliran masuk ekuiti dan dana pelaburan saham yang lebih tinggi, khususnya dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan,” katanya.
Mengulas lanjut Mohd Uzir menerangkan bahawa sektor perkhidmatan yang menguncup 60.5 peratus tahun ke tahun kepada RM6.9 bilion telah menyebabkan penurunan terbesar dalam FDI.
Namun, beliau menekankan bahawa kemerosotan ini bukanlah tanda yang tidak menguntungkan.
Sebaliknya, sektor ini kekal sebagai penyumbang utama kepada aliran FDI dengan sumbangan 47 peratus daripada jumlah keseluruhan pelaburan terutamanya dalam aktiviti kewangan.
Manakala, sektor pembuatan merupakan penyumbang kedua terbesar hasil daripada penerimaan ekuiti yang lebih tinggi terutamanya dalam produk elektrik dan elektronik, diikuti oleh sektor perlombongan dalam instrumen hutang.
Menjelaskan lebih lanjut berkenaan pelaburan Malaysia bersama lebih daripada 190 buah negara Mohd Uzir berkata rantau Asia kekal menjadi sumber utama FDI di Malaysia pada 2020 dengan aliran masuk bersih sebanyak RM18.3 bilion.
Ujar beliau kebanyakannya diterima dari Singapore, Thailand dan China yang berjumlah RM11.5 bilion.
"Ini merupakan penurunan daripada aliran masuk bersih RM26.9 bilion pada tahun sebelumnya yang menyebabkan trend penurunan dalam prestasi pelaburan di rantau ini,” katanya.
Mohd Uzir menekankan bahawa walaupun Malaysia mencatatkan aliran FDI yang lebih rendah pada tahun 2020, FDI terkumpul telah meningkat sebanyak RM11.0 bilion, mencapai RM698.8 bilion.
Sektor perkhidmatan merupakan penerima terbesar pada 51.6 peratus atau RM360.4 bilion, dipacu oleh aktiviti kewangan dan borong.
Ini diikuti oleh sektor pembuatan yang merangkumi 39.2 peratus daripada keseluruhan FDI, terutamanya dalam produk elektrik dan elektronik.
Seperti mana prestasi FDI, DIA turut menguncup sebanyak 54.0 peratus untuk merekodkan RM11.9 bilion disebabkan oleh pelaburan yang lebih rendah dalam sektor perlombongan dan perkhidmatan.
Mohd Uzir memaklumkan bahawa perkhidmatan kekal sebagai sektor terpenting bagi DIA, menyumbang 54.0 peratus daripada keseluruhan pelaburan, terutamanya dalam aktiviti kewangan dan telekomunikasi.
Ini diikuti oleh sektor pembuatan, khususnya dalam produk makanan dan minuman; serta petroleum, kimia, getah dan plastik, terutamanya ke Kanada, United Kingdom dan Indonesia.
Bagi prestasi DIA pada ST1 2021 pula, DIA Malaysia menunjukkan trend meningkat dengan merekodkan aliran keluar bersih RM7.8 bilion pada suku ini, terutamanya disumbangkan oleh aliran keluar ekuiti dan dana pelaburan saham yang lebih tinggi.
Pelaburan terkumpul di luar negara juga meningkat kepada RM518.8 bilion, sebahagian besarnya ke Singapore dan Indonesia, manakala United Kingdom telah mengatasi Cayman Islands sebagai destinasi utama yang ketiga.
Analisis lanjut mengenai perolehan pendapatan bagi pelaburan dalam tahun 2020, beliau menyatakan gangguan luar biasa ke atas ekonomi global telah menyebabkan pendapatan yang lebih rendah bagi kedua-dua FDI dan DIA berbanding tahun sebelumnya.
Walaupun syarikat FDI memperoleh pendapatan yang lebih tinggi daripada DIA, pulangan pelaburan (ROI) telah berkurang kepada RM0.06 daripada RM0.08 pada 2019 untuk setiap RM1.00 pelaburan manakala syarikat Malaysia hanya menerima RM0.04 bagi setiap RM1.00 ke atas pelaburan di luar negeri.
Sektor pembuatan memperoleh pendapatan tertinggi daripada FDI manakala pendapatan oleh DIA adalah daripada sektor perkhidmatan terutamanya dalam aktiviti kewangan.
Mohd Uzir merumuskan, walaupun terdapat peningkatan evolusi pandemik yang dinamik, risiko penularan dan tindakan pembendungan diperbaharui akan terus mempengaruhi aktiviti pelaburan, ekonomi Malaysia dijangka terus meningkat dalam 2021 berdasarkan prestasi petunjuk ekonomi utama yang lebih baik
pada suku tahun pertama.
Meskipun penurunan pelaburan asing mungkin kelihatan membimbangkan, FDI di Malaysia mencatatkan aliran masuk lebih tinggi pada ST1 2021 dan FDI terkumpul juga kekal tinggi, menandakan peningkatan prestasi pelaburan pada tahun ini.
Beliau juga menyatakan bahawa pemulihan pelaburan ekonomi pada tahun 2021 dapat disokong dengan usaha menarik pelaburan berkualiti dalam merancakkan aliran masuk pelaburan di sektor bernilai tinggi, berteknologi tinggi dan berimpak tinggi serta projek yang berinsentifkan modal bagi kemajuan
ekonomi yang lebih mampan.
Astro Awani
Fri Jun 18 2021
Pada akhir tahun 2020, kedudukan FDI mencatatkan nilai lebih tinggi RM698.8 bilion. - Foto fail
Bank Indonesia naikkan kadar faedah kepada 6.25 peratus, dijangka terakhir bagi 2024
Kenaikan kadar faedah utama Bank Indonesia kepada 6.25 peratus pada Rabu, berkemungkinan besar menjadi yang pertama dan terakhir untuk bank itu bagi 2024.
Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel berlabuh wajar dicontohi
Tindakan kerajaan Malaysia melarang syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel iaitu ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di negara itu, wajar dijadikan contoh.
Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Cucu kepada bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, menjadi antara peserta yang akan menyertai misi Break The Siege: Freedom Flotilla To Gaza yang dijadualkan memulakan pelayaran hari ini.
Bantah perang di Gaza meningkat di Universiti, Kolej A.S
Protes terhadap Israel memenuhi jalan-jalan di Brooklyn dan meningkat di universiti-universiti di seluruh Amerika Syarikat.
KMUM cela agenda dakyah zionis di Universiti Malaya
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dalam pada itu mengambil pendirian dengan tegas mengecam terhadap kenyataan dikeluarkan oleh ilmuwan pro-zionis di Universiti Malaya.
Penceramah zionis: Netizen kecam pensyarah label Malaysia Islam-fasis
Rata-rata mereka berkata, Ahli akademik pro Zionis itu tidak dialu-alukan di Malaysia dan ideologi Zionis tidak diterima di negara ini.
Pesawat bawa mendiang Joanna tiba di Kuching
Pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa jasad mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna, 26.
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Reaksi penstrukturan semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Bersama ditalian, Ketua Kluster Mikroekonomi, Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mustazar Mansur.
Aishah terkejut, tak sangka video nyanyian spontan tepi jalan jadi tular
Menurut Aishah, tindakan yang dilakukannya itu adalah secara kebetulan dan tidak dirancang sama sekali.
Negara catat pelaburan asing RM188.4 bilion, pelaburan domestik RM141.1 bilion pada 2023
Beliau berkata pelaburan domestik menyumbang sebanyak RM141.1 bilion yang menyaksikan peningkatan sebanyak 35.1 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Pelaksanaan subsidi bersasar tidak beri kesan kepada pelaburan asing - Tengku Zafrul
Pelaksanaan subsidi bersasar pada masa akan datang seperti yang dipertimbangkan kerajaan tidak akan memberi kesan kepada pelaburan asing dalam negara.
Langkah GLC, GLIC bawa pulang pendapatan pelaburan asing beri kesan positif terhadap ringgit - Gabenor BNM
Abdul Rasheed berkata ringgit telah meningkat kira-kira 1.8 peratus berbanding dolar AS bagi tempoh dari Januari hingga Februari.
Lihat Malaysia sebagai pelaburan paling utama, destinasi modal - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru komuniti pelaburan antarabangsa supaya melihat Malaysia sebagai pelaburan paling utama dan sebuah destinasi modal.
Ringgit ditutup tinggi jejaki pasaran ekuiti positif
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan permintaan sederhana, menjejaki sentimen positif di pasaran ekuiti walaupun unit negara maju mengukuh.
Alton Industry berpangkalan di Amerika Syarikat mahu labur RM2 bilion di Malaysia
Alton sedang mengembangkan tapak pembuatan serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) ke Malaysia di samping merancang untuk melabur lebih RM2 bilion dalam tempoh tujuh tahun akan datang.
Malaysia terus tarik pelaburan asing, situasi politik tidak lagi jadi kebimbangan - Tengku Zafrul
Malaysia terus menarik pelaburan besar dari syarikat-syarikat global kerana kestabilan politik semasa, ekosistem rantaian bekalannya yang kukuh dan peranan penting yang dimainkan oleh Perdana Menteri.
Status SFZ Forest City tingkat pelaburan asing, rangsang pertumbuhan ekonomi Iskandar Malaysia - IIB
IIB juga komited untuk bekerjasama rapat dengan kerajaan persekutuan dan negeri berhubung penubuhan Zon Ekonomi Johor-Singapura.
Malaysia terima manfaat daripada risiko pertumbuhan perlahan ekonomi China - Moody's Analytics
Moody's berkata apabila permintaan global beralih dari China ke Amerika Utara, negara-negara Asia akan mencari pelaburan baharu.
Pelaburan asing yang besar bukti Kerajaan Perpaduan kukuh, stabil - PM
Kemasukan pelaburan asing yang besar seperti syarikat teknologi dan kenderaan elektrik (EV) Tesla Inc membuktikan bahawa negara di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan adalah stabil serta kukuh.