CADANGAN FELDA untuk mengambil semula 350,000 hektar tanah yang dipajak kepada FGV Holdings Bhd (FGV) nampaknya telah mendapat reaksi yang menakjubkan, bukan sahaja di kalangan warga FELDA tetapi juga masyarakat di luar agensi itu.
FGV adalah “jenama” yang cukup sensetif bagi peneroka FELDA dan generasi mereka kerana dianggap seperti meragut masa depan golongan itu setelah tanah tersebut dipajakkan.
Apa yang digembar-gemburkan sebelum pajakkan tanah tersebut dimeterai ternyata tidak menjadi kenyataan dan merugikan Felda, manakala kegusaran peneroka FELDA selama ini berhubung isu itu adalah berasas.
Pengerusi FELDA yang baharu, Datuk Seri Idris Jusoh yang membawa berita gembira tersebut berkata, perkara itu telah dipersetujui Lembaga Pengarah FELDA dan kini sedang menunggu keputusan kerajaan sebelum rundingan boleh dimulakan dengan FGV.
Langkah itu adalah sebahagian daripada transformasi yang ingin dijalankan FELDA menerusi pengenalan model perniagaan baharu yang lebih mapan dan berdaya saing untuk agensi itu.
Ia juga menjadi sebahagian daripada strategi FELDA untuk memperkukuhkan kewangannya.
Untuk rekod, pendapatan FELDA daripada keuntungan operasi ladangnya mula merosot sejak 2012 selepas FGV disenaraikan di Bursa Malaysia.
Manakala pada tahun 2019, syarikat itu hanya merekodkan keuntungan sebanyak RM16.51 juta.
Jumlah itu jauh berbeza daripada yang pernah dicatatkan FELDA sebelum itu dengan yang tertinggi pernah dicapai pada 2011, iaitu RM1.85 bilion.
"Sebelum ini, keuntungan berbilion ringgit bukan sesuatu yang baharu buat FELDA, malah sejak 2007, keuntungan operasi ladang FELDA semuanya melepasi paras RM1 bilion kecuali pada 2009 yang mencatatkan RM854 juta.
"Selepas (FGV) disenaraikan, ia (keuntungan FELDA) mula jatuh dengan banyak sehinggakan apabila kita tidak cukup duit, FELDA terpaksa berhutang dengan bank dan sehingga sekarang, hutang sudah mencecah RM10 bilion," katanya sebagaimana dipetik media.
Hakikatnya, FGV tidak memberikan keuntungan yang diharapkan kepada FELDA sebagaimana yang pernah dicanangkan selama ini.
Daripada RM800 juga hasil setahun yang dijangka dapat diberikan kepada Felda, hanya sekitar RM250 juta yang mampu diterima FELDA. FELDA ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956 dengan keluasan tanah ketika itu 31,950.93 hektar.
Ia bertujuan bagi membasmi kemiskinan melalui pembangunan tanah dan penempatan semula masyarakat luar Bandar.
Bagaimanapun, mulai 1996, kerajaan telah bersetuju untuk tidak lagi memberikan peruntukan kepada FELDA kerana yakin FELDA telah mampu berdikari dan berdiri di atas kaki sendiri.
Maka tidak hairanlah Idris yang dilantik sebagai Pengerusi Baharu FELDA pada 1 Mei lalu telah melihat mengenai perkara ini dan memberikan fokus utama dalam memulihkan imej FELDA yang dilihat agak tercalar sebelum ini.
Pembentukan hasil terbaik yang memberi tumpuan terhadap lima tonggak utama iaitu tadbir urus, peneroka, ladang, pendidikan dan keberkatan telah dibentuk. Beliau yang juga Ahli Parlimen Besut berpendapat, FELDA memerlukan pembaharuan untuk kembali menjadi “lubuk emas”.
FELDA mensasarkan pendapatan peneroka sehingga RM5,000 sebulan menjelang tahun 2023 dan melahirkan usahawan jutawan termasuk 3,170 lain-lain usahawan menjelang tahun 2025 yang melibatkan penyertaan generasi kedua, ketiga dan keempat FELDA.
Kesemua itu adalah pelengkap kepada “model baharu FELDA” yang memberikan fokus terhadap tiga agenda teras iaitu rantaian bekalan yang lengkap, pengurusan pinjaman kepada peneroka dan pembinaan minda peneroka yang hebat.
Dengan usia 64 tahun, FELDA yang disertai 112,638 orang peneroka di 317 Tanah Rancangan, agensi itu sudah pasti mampu berdiri di atas mimbar kecemerlangan yang tersendiri.
Idris yang terkenal sebagai tokoh yang cintakan ilmu turut membawa Neuro Linguistic Programming (NLP) sebagai rangka pembentukan pemikiran penggerak dan peneroka FELDA agar mempunyai pemikiran bertaraf tinggi.
Apatah lagi FELDA mempunyai senarai yang panjang di kalangan anak generasi agensi itu yang telah melakar kejayaan dalam pelbagai bidang – itu sungguh membanggakan.
Hakikatnya, beliau sedang mempersiapkan FELDA untuk muncul sebagai platform berwajah dan berwatak baharu bagi mengisi pembangunan negara.
Secara realistiknya, walaupun baharu setengah tahun menerajui FELDA, Idris telah melihat “banyak perkara” yang membuktikan bahawa FELDA bukan berada di hatinya sehari dua ini, malah sejak sekian lama.
Sebenarnya, kesemua itu adalah pelengkap kepada langkah bijak beliau untuk mengembalikan semula tanah yang dipajakkan FELDA kepada FGV Holding, sekaligus memulihkan kedudukan kewangan FELDA yang menjadi nadi utama agensi berkenaan untuk bergerak pantas.
Apatah lagi FELDA juga bercita-cita untuk menjadi pemain utama dalam sektor pembekalan makanan di negara dan itu sebenarnya cukup berasas.
FELDA adalah kebanggaan penerokanya dan anak generasi mereka serta seluruh rakyat Malaysia.
Kegemilangan FELDA itu hanya boleh dikembalikan dengan keberanian membentuk pembaharuan.
Idris Jusoh kini sedang melakukannya.
* Penulis adalah Mantan Presiden Kelab Wartawan Terengganu (KAWAT), penulis buku dan pengacara rancangan isu semasa di media social. Beliau boleh dihubungi melalui emel [email protected]
** Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Ayob Mamat
Thu Oct 29 2020
Felda ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956 dengan keluasan tanah ketika itu 31,950.93 hektar. - Gambar fail
Dua warga emas maut, kereta terbabas bertembung lori ikan
Perjalanan tiga sahabat untuk belajar agama di sebuah Pusat Pengajian Pondok bertukar tragedi apabila dua daripadanya maut.
Jentayu dapat kelulusan ambil alih aset Telekosang Hydro, Jentayu Solar
Syarikat senaraian Pasaran Utama, Jentayu Sustainables Bhd menerima kelulusan utama bersyarat dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bagi memperoleh aset Telekosang Hydro dan Jentayu Solar, yang akan memacu kumpulan itu menjadi pemain tenaga boleh diperbaharui.
LTAT umum pelantikan Pengerusi, Ketua Eksekutif baharu
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) melantik Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin sebagai Pengerusi dan Mohammad Ashraf Md Radzi sebagai Ketua Eksekutif yang baharu berkuat kuasa Isnin ini.
BMI unjur harga minyak brent AS$85 setong 2024, AS$82 2025
BMI mengekalkan unjuran semasa harga minyak mentah Brent pada purata US$85 setong bagi 2024, tetapi menyemak semula unjuran bagi 2025 dengan menurunkannya kepada US$82 setong daripada US$84 setong sebelumnya.
SC tingkat standard tatalaku pengantara pasaran modal
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengeluarkan Garis Panduan mengenai Tatalaku untuk Pengantara Pasaran Modal (Garis Panduan) yang disemak.
PETRONAS dagangan tumpu sektor serbaneka, mobiliti rendah karbon
PETRONAS Dagangan Bhd (PDB) cabang pemasaran Petronas untuk produk Petroleum dan stesen berperkihdmatan akan memberi tumpuan untuk berkembang kepada sektor serbaneka serta menyediakan penyelesaian mobiliti rendah karbon kepada pelanggannya
Anwar jumpa ketua cabang selepas hari raya selesai kemelut PKR Sabah
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan sesi konsultasi dengan semua ketua cabang di Sabah selepas hari raya nanti untuk mencari formula terbaik mengatasi pergolakan yang berlaku.
Kaedah ROSA di KPJ kurangkan kecederaan, pendekkan masa pemulihan
Sebanyak 206 prosedur pembedahan ganti sendi lutut berjaya dilakukan menggunakan teknologi canggih Pembantu Pembedahan Robotik (ROSA) di Hospital Pakar KPJ, Kuching sejak Ogos lalu.
Pantau Agenda Reformasi: Bagaimana data PADU akan menambah baik penggubalan dasar?
Memahami keperluan untuk daftar PADU.
Dr. Hadhrami Bin Ab Ghani, Timbalan Dekan Fakulti Sains Data dan Komputeran UMK
Dr. Hadhrami Bin Ab Ghani, Timbalan Dekan Fakulti Sains Data dan Komputeran UMK
Selepas 50 tahun, bubur lambuk tetel Masjid Jorak Elahi tetap diminati
Bubur lambuk tetel Masjid Jamek Jorak Elahi, Bukit Pasir, yang diagihkan secara percuma sentiasa ditunggu-tunggu penduduk sekitar sini apabila tibanya Ramadan.
RM300 bantuan untuk peneroka Felda pendapatan kurang RM1,000 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid mengumumkan pemberian bantuan khas bersasar sebanyak RM300 kepada peneroka Felda yang berpendapatan RM1,000 ke bawah.
KKDW laksana pemasangan lampu LED solar jalan kampung tahun ini - Rubiah Wang
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bersetuju melaksanakan projek pemasangan lampu LED solar di bawah projek Lampu Jalan Kampung (LJK) bermula tahun ini.
Kerajaan akan umum pendekatan baharu manfaat warga Felda
Kerajaan bakal mengumumkan beberapa pendekatan baharu yang akan memberi manfaat kepada warga Felda minggu depan, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
LKAN: PM arah LTAT, Felda kemukakan laporan penuh
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan LTAT dan Felda mengemukakan laporan penuh berhubung prestasi mereka dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022.
KPF Trading dalam proses muktamadkan penstrukturan semula D'Mart - Ahmad Zahid
Ia melibatkan perbincangan model perniagaan membabitkan usaha sama dengan pemain industri yang mampu memacu pengurusan yang lebih mampan.
Laporan Ketua Audit Negara: Felda akan tingkat kecekapan operasi, tadbir urus
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan terus meningkatkan kecekapan operasi dan tadbir urus yang telus dan mengoptimumkan kecekapan produktiviti.
Isa Samad dibebaskan: Pendakwaan fail rayuan di Mahkamah Persekutuan - Peguam Negara
Ahmad Terrirudin berkata notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan semalam telah difailkan hari ini.
Felda perlu tetapkan hala tuju dapat beroperasi dengan kewangan kukuh - LKAN
Laporan itu turut mencadangkan Felda untuk meningkatkan pemantauan terhadap operasi dan prestasi kewangan syarikat subsidiarinya bagi memastikan kelestarian syarikat dapat dikekalkan.
Tiada bukti kod ‘salam’ kait Isa Samad dengan rasuah - Hakim
'Tiada bukti menunjukkan kod salam antara Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan bekas pegawai khas politiknya, Muhammad Zahid Md Arip berkaitan rasuah,' kata Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu.
Laporan Audit: FELDA rugi RM1 bilion, rizab LTAT berbaki negatif pada 2022
PR1MA pula dilaporkan menghadapi kerugian bersih berjumlah RM0.257 bilion makakala liabiltii berjumlah RM5.746 bilion.