Filipina memberi 'lampu hijau' kepada Malaysia untuk merentasi sempadan perairan negara berkenaan bagi operasi mengejar pengganas dan penculik.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perkara itu dipersetujui hasil mesyuarat dua hala dengan Presiden Filipina Rodrigo Duterte hari ini.
"Dalam hal ini, beliau menyatakan kerajaan Filipina amat serius dan telah menawarkan Malaysia dan Indonesia kerjasama trilateral. Dalam rangka kerja kerjasama trilateral ini termasuk juga kebenaran untuk melakukan 'hot pursuit'.
"Dalam erti kata lain, kalau kita sedang mengejar kumpulan penculik atau pengganas dan kita sampai ke sempadan Filipina, dia (Duterte) beri kebenaran untuk kita terus mengambil tindakan mengejar mereka. Kalau tidak mereka terlepas."
"Cuma beliau memaklumkan apabila pihak berkuasa kita sampai ke sempadan maritim Filipina, kita perlulah menghubungi tentera laut Filipina memaklumkan kepada kita akan jalani pemburuan pantas," katanya pada sidang media selepas mesyuarat dua hala bersama Duterte di pejabat Perdana Menteri di sini, hari ini.
Duterte kini berada dalam negara bagi rangka lawatan rasmi dua hari bermula semalam.
Mengulas lanjut, Najib berkata Menteri-menteri Pertahanan dari ketiga-tiga buah negara akan bermesyuarat di Vientiane, Laos pada 22 November bagi menentukan prosedur operasi standard (SOP) dan aspek-aspek perundangan supaya 'hot pursuit' dapat dilaksanakan.
Ujar Najib, isu penculikan warga Malaysia oleh kumpulan penculik untuk tebusan adalah masalah serius yang sering mengganggu ketenteraman rakyat Sabah.
Tahun ini sahaja sebanyak 10 insiden penculikan melibatkan warga Sabah direkodkan dengan lima orang masih dalam tahanan penculik.
"Ini satu perkembangan baru yang memberi isyarat jelas bahawa kita amat komited untuk melakukan apa sahaja bagi menghapuskan insiden penculikan melibatkan warga Malaysia," katanya.
Tan Su Lin
Thu Nov 10 2016
Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak bersalaman dengan Presiden Filipina, Rodrigo Rao Duterte berlatarkan Masjid Putra di Dataran Bangunan Perdana Putra hari ini. --fotoBERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Filipina pindahkan lebih 45,000 penduduk susulan letusan Gunung Berapi Kanlaon
Lebih 45,000 penduduk dari kampung-kampung berhampiran Gunung Berapi Kanlaon yang aktif dipindahkan selepas ia meletus pada Isnin.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
87,000 penduduk akan dipindahkan susulan letusan gunung berapi di Filipina
Penduduk yang tinggal dalam radius enam kilometer dari puncak Gunung Berapi Kanlaon itu disarankan supaya berpindah segera.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kes HIV di Filipina dijangka cecah 215,400 menjelang hujung tahun
Jabatan Kesihatan Filipina (DOH) memaklumkan bahawa jumlah kes HIV di negara itu dijangka mencecah 215,400 sebelum penghujung 2024.
Ribuan orang hilang tempat tinggal akibat kebakaran besar di Manila
Ribuan orang hilang tempat tinggal selepas kebakaran besar melanda sebuah kawasan miskin di ibu negara Filipina pada Ahad.
Ribut dihadapi Filipina berkurangan tetapi semakin kuat - PAGASA
Filipina kini menghadapi ribut yang semakin berkurangan tetapi bertambah kuat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Taufan Filipina: Lebih 20 juta penduduk terkesan, jambatan runtuh sukarkan misi Mercy
Lebih 20 juta penduduk di Filipina terkesan akibat enam siri taufan yang berlaku di Filipina dalam tempoh sebulan.
Sekurang-kurangnya 8 maut selepas Taufan Man-yi landa Filipina
Taufan Man-yi meragut sekurang-kurangnya lapan nyawa dan mencederakan tiga yang lain selepas ia melanda Filipina hujung minggu lepas.