BANGKOK: Filipina memuji Malaysia sebagai model tadbir urus pelancongan yang berjaya, dan atas usahanya dalam memulihkan sektor pelancongan dalam tempoh pasca pandemik.
Setiausaha Jabatan Pelancongan Filipina, Christina Garcia Frasco berkata demikian kepada rakan sejawatannya dari Malaysia Datuk Seri Nancy Shukri ketika sesi mesyuarat dua hala di luar Mesyuarat Menteri Pelancongan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-11 dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan di Bangkok, pada Jumaat.
"Negara anda telah menjadi model tadbir urus pelancongan yang berjaya," kata Frasco sambil menambah pihaknya berminat untuk meneruskan jalinan pertukaran pelancongan mesra antara kedua-dua negara.
Sejak Filipina membuka semula pintunya kepada pelancong antarabangsa pada Februari lepas, beliau berkata lebih 17,000 rakyat Malaysia telah melawat Filipina sehingga 14 Ogos.
Malaysia adalah antara 16 pasaran antarabangsa yang penting bagi Filipina sejak lima tahun lepas.
Dalam kalangan negara anggota ASEAN, rakyat Malaysia menduduki tempat kedua tertinggi dalam bilangan mereka yang melawat Filipina pada 2019.
Frasco berkata Filipina juga berhasrat untuk memperbaharui memorandum persefahaman (MoU) yang bertujuan untuk memupuk kerjasama dua hala dalam Kemudahan Perjalanan; Penyelidikan dan Pembangunan; Pendidikan dan Latihan; Pelaburan Pelancongan; dan Mesyuarat, Insentif, Konvensyen dan Pameran (MICE).
"Kami mempunyai hasrat untuk meneruskan perkongsian ini antara Filipina dan Malaysia.
"Kedua-dua negara kita memiliki warisan, nilai, menghargai institusi kekeluargaan dan budaya yang dikongsi bersama. Kami melihat ini sebagai antara kekuatan teras Malaysia.
"Kami menjangkakan semasa kami meneruskan perkongsian, pertukaran amalan terbaik mengenai budaya dan warisan akan menjadi antara perkara penting dalam perjanjian kami," katanya.
MoU itu pertama kali ditandatangani pada 2001.
Sementara itu, Nancy berkata Filipina juga berminat untuk mempelajari 'beberapa perkara' dari Malaysia termasuk industri Halal serta mencontohi program Malaysia My Second Home.
"Filipina juga ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kejayaan Malaysia dalam program Halal kerana terdapat sebahagian besar penduduk Islam di Wilayah Mindanao.
Filipina juga berhasrat untuk memenuhi keperluan pelancong Muslim ke negara itu.
"Sebagai jiran rapat, kami tidak mempunyai masalah untuk berkongsi," kata Nancy kepada Bernama.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 19 2022
Setiausaha Jabatan Pelancongan Filipina, Christina Garcia Frasco (kiri) bersama Datuk Seri Nancy Shukri ketika sesi mesyuarat dua hala di luar Mesyuarat Menteri Pelancongan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-11. - Foto BERNAMA
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Kes tangkapan lelaki Israel: 10 ditahan semula di bawah Sosma
Tiga terdiri suspek utama iaitu Avitan dan pasangan suami isteri telah dituduh di mahkamah pada minggu lalu, manakala lima lagi dibebaskan.
Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen
Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah pada Khamis.
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Gempa bumi sederhana dikesan di Filipina
Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Richter dikesan berlaku di Mindanao, Filipina pada 11.34 pagi ini.
China gesa Filipina henti pencabulan, provokasi di Laut China Selatan
Tentera Filipina pada Sabtu dakwa kapal pengawal pantai China menggunakan meriam air terhadap kapal bekalan Filipina di Laut China Selatan.
Menteri Luar India akan lawat Singapura, Filipina dan Malaysia
Menteri Luar India, Dr S. Jaishankar akan melakukan lawatan rasmi ke Singapura, Filipina dan Malaysia dari 23 hingga 27 Mac ini.
Kecoh apabila dua kumpulan pondan bertempur di Bangkok
Polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan 20 wanita transgender warga Filipina menyerang dua wanita transgender warga Thailand.
Skandal jualan beras: Filipina gantung tugas lebih 130 pegawai
Arahan itu akan berkuat kuasa pada Isnin sementara siasatan dijalankan untuk menentukan kebenaran dakwaan berkenaan
Rantau ASEAN dilanda 36 bencana, Indonesia dan Filipina paling terjejas teruk
Rantau ASEAN mengalami 36 bencana sepanjang minggu lepas, termasuk banjir, tanah runtuh dan insiden berkaitan angin, terutama di Indonesia, Filipina dan Malaysia.
Ekonomi Filipina paling pesat di Asia Tenggara, pinggirkan Malaysia, Vietnam
Filipina mengatasi Vietnam dan Malaysia untuk menjadi ekonomi yang paling pesat berkembang di Asia Tenggara pada 2023, dengan pertumbuhan dipacu kepenggunaan, perkhidmatan dan pelaburan.
MetMalaysia keluar nasihat ribut tropika Jelawat
MetMalaysia mengeluarkan nasihat ribut tropika Jelawat yang bergerak ke arah barat kira-kira 396 kilometer (km) timur laut Davao, Filipina.
Rakyat Malaysia diculik sebelum dibunuh di Filipina - Bukit Aman
Seorang rakyat Malaysia yang bekerja di Manila, Filipina telah diculik sebelum dibunuh oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali pada 22 Okt lepas.
Gempa bumi kuat 6.4 magnitud landa Mindanao
Gempa dengan kedalaman 81 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 76km utara dari Bislig, Filipina.