PUTRAJAYA: Festival yang mempamerkan pelbagai spesies dan bunga-bungaan serta tanaman hiasan, Floria Diraja Putrajaya 2022 yang dijadualkan berakhir hari ini dilanjutkan sekali lagi sehingga Ahad (11 Sept), demikian umum Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.
Shahidan berkata bersempena cuti penggal persekolahan hingga Ahad ini, tiket masuk ke festival itu adalah percuma mulai esok bagi memberi peluang kepada ibu bapa untuk membawa anak-anak mereka ke Floria Diraja Putrajaya 2022.
"Ini adalah hadiah buat Keluarga Malaysia. Kita bagi percuma sebab ada ibu bapa yang bawa anak-anak melawat Putrajaya, jadi wajar kita bagi masuk percuma.
"Dengan kemasukan secara percuma ini, kita sasar 100,000 pengunjung hadir untuk tempoh lima hari pelanjutan ini," katanya selepas menghadiri majlis penutup Floria Diraja Putrajaya 2022 di sini hari ini.
Jumaat lepas, Perbadanan Putrajaya (PPj) mengumumkan pelanjutan festival itu sehingga hari ini (6 Sept) berikutan sambutan yang amat menggalakkan daripada orang ramai. Festival berkenaan sepatutnya berakhir pada 4 Sept.
Shahidan berkata pelbagai aktiviti menarik akan diteruskan termasuk cabutan bertuah dengan hadiah utama sebuah motosikal pada hari terakhir Floria Diraja Putrajaya 2022, selain persembahan daripada kumpulan busker.
Lebih 400,000 pengunjung menyaksikan Floria Diraja Putrajaya 2022 sejak ia membuka tirai pada 29 Ogos lepas. Bertempat di Anjung Floria, Presint 4 di sini, terdapat kira-kira 10,000 pokok orkid dan 400,000 tanaman pelbagai spesies dipamerkan.
Floria Diraja Putrajaya 2022 turut mempamerkan Taman Keluarga Malaysia dengan konsep yang diadaptasi melalui tiga nilai iaitu Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran.
Antara komponen yang terdapat di festival itu ialah Taman Keluarga Malaysia, Taman Koboi dan Sukulen, Taman Instagrammable, Hiasan Dinding Orkid dan Terowong Oncidium.
Shahidan dalam pada itu turut mengisytiharkan bunga raya sebagai bunga rasmi bagi Putrajaya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 06 2022
Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (kiri) sebelum ini berkenan berangkat merasmikan Festival Bunga & Taman Floria Diraja Putrajaya 2022 di Anjung Floria, Presint 4, Putrajaya. - BERNAMA
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
Floria Diraja 2022 dilanjut hingga 11 Sept, masuk percuma mulai esok
Floria Diraja Putrajaya 2022 yang dijadualkan berakhir hari ini dilanjutkan sekali lagi sehingga Ahad (11 Sept).
Permaisuri Agong berkenan buat demonstrasi cucur durian
Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan mencemar duli berangkat ke Floria Diraja Putrajaya 2019 bagi membuat demonstrasi cucur durian Musang King.