Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan terdapat gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan sekitar negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang sejak jam 8.45 malam Jumaat.

TNB dalam satu kenyataan menerusi Facebook menjelaskan kerja-kerja membaik pulih bekalan mengambil masa susulan keadaan cuaca buruk di kawasan tersebut.

Ia susulan ribut yang membadai beberapa lokasi bahagian utara negara.

TNB pada masa sama akan memberikan perkembangan status kerja-kerja pemulihan bekalan dari semasa ke semasa.

TNB dalam satu kenyataan menerusi Facebook menjelaskan kerja-kerja membaik pulih bekalan mengambil masa susulan keadaan cuaca buruk di kawasan tersebut.


BACA: Ribut Langkawi: Bangunan rosak dibadai angin kencang, kenderaan ditimpa pokok

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan kejadian ribut di beberapa negeri utara tanah air disebabkan ekor Taufan Lekima yang membadai timur negara China.

Ketua Pengarahnya Jailan Simon, ketika dihubungi Astro AWANI, berkata garis badai itu berlaku akibat tumpuan angin di selatan Thailand yang turut menerima kesan sama.

BACA: 100.8km sejam direkod, ekor Taufan Lekima punca ribut di utara Semenanjung - MetMalaysia