Gara-gara pencuri, jenuh angkut air!

Astro Awani
Disember 6, 2017 10:46 MYT
Gangguan bekalan air Taman Dahlia, Jalan Matang Batu 5 gara-gara kecurian kabel di bilik pam air. - Gambar penduduk Taman Dahlia
Penduduk Taman Dahlia, Jalan Matang Batu 5 di sini, terpaksa berhadapan dengan masalah ketiadaan air sejak tengahari Selasa.
Semuanya gara-gara kecurian kabel di bilik pam air yang mengakibatkan seluruh taman tersebut menghadapi gangguan bekalan air.
Salah seorang penduduk yang enggan dikenali berharap pihak berkuasa dapat bertindak segera membantu menyelesaikan masalah ini serta memburu pencuri terlibat.
"Kesianlah kepada mereka terutama warga emas, wanita dan kanak-kanak yang 'berpeluh-peluh' mengangkut air," kata penduduk tersebut ketika dihubungi Astro AWANI.
Laman Facebook Kamek Miak Sarawak juga mengetengahkan isu ini dan menjadi platform buat mereka yang terlibat menyuarakan keluhan.
#angkut air #Berita Sarawak Hari Ini #curi #Jabatan Bekalan Air Sarawak #Jalan Matang Batu 5 #kabel #Kuching #PDRM Sarawak #Pencuri kabel #Sarawak terkini #Taman Dahlia #Tangkap pencuri #Tiada air