PUTRAJAYA: Dakwaan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 'menjenayahkan kanak-kanak' adalah mengelirukan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata kompaun bagi orang belum dewasa yang merokok sememangnya wujud dalam peraturan sedia ada dan tidak boleh didaftar sebagai kesalahan jenayah.
"Dia (perokok belum dewasa) bukannya masuk penjara dan tiada hukuman penjara bagi mereka ataupun dalam RUU baharu ini kepada mereka yang lahir selepas 2007.
"Jadi janganlah kelirukan rakyat menyatakan bahawa kanak-kanak akan dijenayahkan. Itu tidak betul. Sekarang pun kalau ada kanak-kanak beli rokok dan sekiranya dikesan penguat kuasa, dia akan dikompaun RM50 sahaja," katanya pada pemberita selepas merasmikan portal KKMNOW, sebagai mengulas penyerahan memorandum pihak Consumer Choice Centre (CCC) di Parlimen hari ini bagi membantah pelaksanaan RUU tersebut.
Memorandum tersebut menyenaraikan tiga bantahan yang menyifatkan RUU itu mengandungi kuasa penguatkuasaan yang besar, menjenayahkan kanak-kanak dan menyebabkan golongan miskin terjejas.
RUU berkenaan antaranya bakal melarang penjualan serta penggunaan sebarang bentuk bahan merokok termasuk rokok elektronik atau 'vape' kepada individu yang dilahirkan pada 1 Jan 2007 dan tahun seterusnya, bertujuan melahirkan Generasi Penamat atau Generational End Game (GEG) bagi merokok.
Ia dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Khairy pada 27 Julai lepas tetapi kemudiannya dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk diperhalusi.
Khairy berkata RUU tersebut telah melalui proses perbincangan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen itu yang wakilnya terdiri daripada pelbagai ahli politik dan antara pindaan dibuat adalah untuk memperkemaskan kuasa-kuasa penguatkuasaan supaya jelas bahawa tiada kuasa yang keterlaluan.
Terdahulu, Khairy dalam ucapanya berkata KKMNOW merupakan kesinambungan atau peluasan kepada fungsi portal COVIDNOW, selaras dengan pelan pendigitalan perkhidmatan kesihatan dan usaha Kementerian Kesihatan (KKM) mewujudkan satu platform bersepadu bagi tujuan perkongsian data kesihatan.
Katanya skop KKMNOW yang lebih luas itu merangkumi paparan data berkaitan program kesihatan seperti pendermaan darah dan organ, saringan kesihatan dan data penyakit berjangkit.
KKMNOW dibangunkan dengan kerjasama strategik dengan Jabatan Perangkaan (DOSM) dan ia oleh diakses menerusi https://data.moh.gov.my/.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 05 2022
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin bercakap kepada pemberita selepas melancarkan portal KKMNOW di Kementerian Kesihatan hari ini. - Foto BERNAMA
Bank Indonesia naikkan kadar faedah kepada 6.25 peratus, dijangka terakhir bagi 2024
Kenaikan kadar faedah utama Bank Indonesia kepada 6.25 peratus pada Rabu, berkemungkinan besar menjadi yang pertama dan terakhir untuk bank itu bagi 2024.
Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel berlabuh wajar dicontohi
Tindakan kerajaan Malaysia melarang syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel iaitu ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di negara itu, wajar dijadikan contoh.
Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Cucu kepada bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, menjadi antara peserta yang akan menyertai misi Break The Siege: Freedom Flotilla To Gaza yang dijadualkan memulakan pelayaran hari ini.
Bantah perang di Gaza meningkat di Universiti, Kolej A.S
Protes terhadap Israel memenuhi jalan-jalan di Brooklyn dan meningkat di universiti-universiti di seluruh Amerika Syarikat.
KMUM cela agenda dakyah zionis di Universiti Malaya
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dalam pada itu mengambil pendirian dengan tegas mengecam terhadap kenyataan dikeluarkan oleh ilmuwan pro-zionis di Universiti Malaya.
Penceramah zionis: Netizen kecam pensyarah label Malaysia Islam-fasis
Rata-rata mereka berkata, Ahli akademik pro Zionis itu tidak dialu-alukan di Malaysia dan ideologi Zionis tidak diterima di negara ini.
Pesawat bawa mendiang Joanna tiba di Kuching
Pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa jasad mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna, 26.
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Reaksi penstrukturan semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Bersama ditalian, Ketua Kluster Mikroekonomi, Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mustazar Mansur.
Aishah terkejut, tak sangka video nyanyian spontan tepi jalan jadi tular
Menurut Aishah, tindakan yang dilakukannya itu adalah secara kebetulan dan tidak dirancang sama sekali.
GEG: Jangan kelirukan rakyat, RUU tidak 'menjenayahkan kanak-kanak' - Khairy
Dakwaan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 'menjenayahkan kanak-kanak' adalah mengelirukan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Setiap peruntukan GEG dinilai jawatankuasa bebas, lapor terus ke Parlimen - Khairy
Jawatankuasa bebas itu akan menyemak dan menilai semua peruntukan di bawah RUU, termasuk kawalan yang melibatkan generasi yang lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya.
Kadar denda GEG dikurangkan kepada RM500 - Khairy
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengumumkan pengurangan denda standard untuk Generational End Game (GEG) dalam Akta daripada RM5,000 kepada RM500.
Hari Kanser Paru-Paru Sedunia: Ahli Parlimen diseru sokong RUU kawalan tembakau
Penggunaan tembakau menyumbang kepada hampir 1 dalam 4 kes kanser di sini dan merupakan punca penyusutan signifikan kewangan Perbendaharaan selain kehilangan produktiviti.
Khairy rayu sokongan Ahli Parlimen, yakin GEG boleh selamatkan dua juta nyawa
Jika GEG tidak dilaksanakan, kos rawatan pesakit akibat aktiviti merokok boleh meningkat kepada RM8.8 bilion menjelang 2030.
Malaysia harap jadi negara pertama perkenal undang-undang larangan merokok generasi muda
Jika diluluskan dan dikuatkuasakan dengan berkesan ia boleh membantu meningkatkan tahap kesihatan yang lebih baik secara ketara dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
'Generational Endgame Antirokok-18' dilancarkan 25 April ini
Astro AWANI akan turut membawakan secara langsung majlis pelancaran tersebut.