KUANTAN: Kebenaran melancong ke Pulau Tioman di bawah program gelembung pelancongan yang dijadual bermula 1 Oktober akan ditangguhkan ke pertengahan Oktober.
Keputusan yang dibuat kerajaan persekutuan itu adalah selaras dengan larangan rentas negeri yang dikenakan sehingga kadar vaksinasi dewasa mencapai 90 peratus.
Sekalipun gelembung pelancongan untuk Pulau Tioman masih belum boleh dilaksanakan dan kebenaran masuk hanya kepada pelancong domestik, namun segala prosedur operasi standard (SOP) sepertimana di Langkawi akan dilakukan.
Pengurus Besar Tourism Pahang Kamaruddin Ibrahim berkata, perlaksanaan SOP tersebut akan bermula pada 28 Sept ini di Jeti Teluk Gading, Rompin (sebelum ini dikenali sebagai Jeti Tanjung Gemuk).
Katanya, penggunaan SOP penuh pasca gelembung pelancongan untuk Pulau Tioman ini bertujuan sebagai percubaan pengendaliannya dan persediaan menghadapi situasi ketika pembukaan sebenar kepada pelancong.
"Tempoh yang diberi kepada kita nanti, kalau kita tidak buat persediaan lebih awal, akan ada perkara-perkara yang mungkin menyebabkan SOP kita ini tidak dapat diselaraskan ataupun diuruskan dengan baik.
"Jadi, tarikh 28 Sept ini kita anggap sangat sesuai. Dan kita ada masa lebih kurang dua atau tiga minggu selepas itu untuk kita benar-benar melaksanakan program gelembung pelancongan sepertimana yang diumumkan kerajaan," katanya.
Setiap penumpang feri perlu membuktikan bahawa mereka sudah pun menerima suntikan vaksin lengkap dua dos dan melakukan ujian swab dengan mendapat keputusan negatif sebelum dibenarkan menaiki feri.
Tambah Kamaruddin, pelaksanaan SOP di pintu masuk Pulau Tioman itu nanti akan turut diguna pakai bagi lokasi-lokasi tumpuan lain seperti Cameron Highlands, Bukit Fraser, Kuala Gandah, Taman Negeri dan Taman Negara yang telah bersedia menerima pelancong.
Terdapat kira-kira 103 hotel di Pulau Tioman yang berdaftar dengan kapasiti 1,821 bilik, serta memiliki 30 pusat selam skuba dengan 88 pemandu bot, bersedia sepenuhnya untuk beroperasi.
Menurut rekod, kadar vaksinasi 2,200 penduduk Pulau Tioman telah pun mencapai 100 peratus sejak Julai lalu.
Mohd Zalani Md Atan
Sat Sep 25 2021
Penggunaan SOP penuh pasca gelembung pelancongan untuk Pulau Tioman bertujuan sebagai percubaan pengendaliannya dan persediaan menghadapi situasi ketika pembukaan sebenar kepada pelancong. - Gambar fail
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Peniaga bazar perlu jujur menjual juadah, jaga keberkatan Ramadan
Pernah atau tidak anda membeli makanan basi, atau tertipu dengan imej makanan yang tidak sama dengan dihidangkan di bazar Ramadan?
Laporan siasatan angggota bomba lemas siap lagi dua minggu
Laporan siasatan insiden seorang anggota bomba lemas ketika menyelenggara bot di Jeti Pangkalan Marin JBPM Mak Mandin pada 22 Feb lepas, akan diperoleh dalam tempoh dua minggu.
Jabatan Patologi Hospital di Johor tetapkan SOP lebih ketat, elak rasuah
Hanya segelintir kakitangan Jabatan Patologi termasuk ahli patologi dan pembantu makmal yang sedang disiasat berhubung kes rasuah.
Melaka akan perkenal garis panduan, SOP atasi masalah kekurangan beras tempatan
Ia bagi menyelaraskan semua data bekalan beras tempatan yang akan ke Melaka dan di mana ia diedarkan.
SOP REE yang akan dikeluarkan dapat atasi masalah kecurian - Sanusi
Sanusi berkata prosedur operasi standard (SOP) melibatkan unsur nadir bumi (REE) yang akan dikeluarkan kerajaan dapat mengatasi kecurian hasil mineral itu di seluruh negara.
PRN: KKM syor guna pakai SOP kesihatan pilihan raya sedia ada
Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengesyorkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengguna pakai prosedur operasi standard (SOP) kesihatan pilihan raya sedia pada Pilihan Raya Negeri (PRN).
Langkah kerajaan kemas kini SOP COVID-19 praktikal - Pakar
Langkah berkenaan juga tepat, susulan pengisytiharan WHO bahawa COVID-19 tidak lagi dikategorikan sebagai kecemasan kesihatan global.
Pelitup muka tak wajib, tapi digalakkan ketika di hospital, pengangkutan awam
Tempoh pengasingan kes disahkan COVID-19 pula dipendekkan daripada tujuh kepada lima hari dari onset gejala pertama, juga berkuat kuasa 5 Julai ini.
Jabatan Perhilitan Selangor nafi zalim, ikut SOP tangkap kera
Perhilitan Selangor nafi laporan yang mendakwa terdapat unsur kezaliman berkaitan pengurusan kawalan konflik kera di Apartment Sunway, Batu Caves.
PRN: Sekolah siap sedia dijadikan pusat pengundian - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata sekolah yang bakal dijadikan pusat pengundian di enam negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) sudah berada dalam keadaan siap siaga.