Gelombang pertama bencana banjir di Terengganu merupakan yang terbesar sejak 1983.

Berikutan itu pasukan pangkalan hadapan akan terus diaktifkan sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan meskipun banjir kini mulai surut.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Terengganu, Ariffin Tajuddin Muhammad persediaan awal penting demi memastikan mangsa banjir mendapat bantuan sewajarnya.

Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori ketiga di kawasan perairan Kelantan dan Terengganu.

Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat di Terengganu daerah Dungun dan Kemaman dan Pahang di daerah Kuantan, Pekan dan Rompin dijangka berterusan sehingga Rabu.

Keadaan ini akan menyebabkan banjir di kawasan-kawasan rendah.

Gelombang kedua banjir di pantai timur diramal berlaku dalam tempoh terdekat.

Angin kencang dengan kelajuan dari 60 kilometer sejam dan ketinggian ombak melebihi 5.5 meter itu dijangka berterusan sehingga Jumaat ini.