Gempa 6.0 magnitud landa Ranau, Sabah

Madiha Abdullah
Jun 5, 2015 00:35 MYT
Gegaran 6.0 melanda Ranau pada pagi Jumaat. - Sumber Foto USGS.com
Gempa bumi sederhana bermagnitud 6.0 pada skala richter menggegarkan Ranau, Sabah jam 7.15 pagi tadi.
Menurut Pusat Gempa Bumi dan Tsunami Nasional gegaran dirasai di kebanyakan tempat di Sabah termasuk Ranau, Tambun, Pedalaman, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud.
Pusat gempa tersebut terletak 16km Barat Laut Ranau.
Setakat ini tiada gempa susulan dilaporkan.
Bagaimanapun Jabatan Meteorologi sedang memantau perkembangan ini dan akan memaklumkan maklumat terkini dari masa ke masa.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah (JBPM) ketika dihubungi berkata, pihaknya kini telah memohon bantuan unit udara JBPM untuk memulakan operasi mengeluarkan pendaki di kawasan pegunungan sekitar Ranau.
Ini kerana, laporan yang diterima JBPM, berlakunya runtuhan batu yang menyebabkan halangan kepada pendaki untuk turun ke kawasan yang lebih selamat.
Selain itu, bomba turut melakukan pemantauan bangunan di sekitar pekan Ranau bersama-sama agensi kerajaan lain seperti Jabatan Kerja Raya untuk mengenalpasti jika ada kemungkinan untuk mengosongkan bangunan.
Buat masa kini, pihak bomba masih belum menerima sebarang laporan berkaitan kemalangan jiwa.

Dimaklumkan sehingga pada jam 9.45 pagi, 5 Jun 2015, tiada gempa susulan yang dikesan berlaku di negeri Sabah... http://t.co/IgQ1wLtZxH

— Jabatan Meteorologi (@malaysianmet) June 5, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

A Moderate earthquake has occurred at 07:15am 05/06/15,6.1N 116.6E with Magnitude 5.9 and Depth 54km, Borneo.... http://t.co/VdjHbOmLa1

— Jabatan Meteorologi (@malaysianmet) June 5, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

disasteraware:New Alert: Earthquake - 6.0 - 19km NW of Ranau, Malaysia Severity: WATCH http://t.co/fsXwKVszUz pic.twitter.com/ddmuowzH9Q

— Emergency Alerts (@emergencyglobal) June 4, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Tetibe ngah tido rs begegar smpai begoyang katil...de earthquake kat mane2 ke

— adila irene (@adiekhun) June 4, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sabah Quake : Ranau Petrol Station : @adellaaude @MrTandaha @karmenlunarxisc @PhilipGolingai pic.twitter.com/sG2KHbCGwu

— NEO V.H. (@NonVitalTooth) June 4, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Keadaan di BSN Ranau, Sabah yang dikongsikan sumber ketika berlaku kejadian gempa bumi 6.0 magnitud tadi.@501Awani pic.twitter.com/bmS6vG5B1a

— Mariah Ahmad (@A_marea) June 5, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ia turut menyebut Jabatan Meteorologi sedang memantau perkembangan ini dan akan memaklumkan maklumat terkini.
Sementara itu, tinjauan di media sosial mendapati beberapa Netizen berkongsi gambar kerosakan harta benda selain memuat naik status akibat gegaran tersebut.
Video yang berjaya dirakamkan di Laban Rata, Gunung Kinabalu saat berlaku gempa bumi. Pekerja bertempiaran lari keluar dari bangunan Resthouse apabila melihat pergerakan batu-batu jatuh dari puncak gunung.
Imej salah sebuah rumah sala seorang penduduk di Ranau selepas gempa bumi melanda Ranau. - Foto Twitter
Imej salah sebuah rumah sala seorang penduduk di Ranau selepas gempa bumi melanda Ranau. - Foto Twitter
#gempa bumi #Ranau