Gempa bumi yang berlaku di kawasan Empangan Tasik Kenyir, Terengganu pada Selasa lepas, tidak perlu dibimbangkan walaupun ia mungkin berulang.
Pakar Geologi Struktur dan Tektonik Universiti Malaya, Prof Madya Mustaffa Kamal Shuib berkata kejadian itu bukan baru kerana empangan yang dibina pada 1984 itu pernah mengalami gempa bumi sebanyak 28 kali dalam tempoh tiga tahun iaitu antara 1984 dan 1986.
"Sepanjang 28 kali itu kawasan tersebut dilanda gempa bumi berukuran antara 2.6 hingga 4.6 skala Richter. Pada 2010, terdapat satu lagi gempa bumi dan sekarang (23 Feb) ia berlaku lagi.
"Gempa bumi sebegitu mungkin akan berulang tetapi tidak dapat diramalkan bila ia akan berlaku," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Gempa bumi lemah berukuran 2.7 pada skala Richter dikesan di Tasik Kenyir dan gegaran dirasai di Kuala Berang pada pukul 9.25 malam Selasa.
Pusat gempa bumi itu terletak di lima darjah utara dan 102.9 darjah timur,iaitu 16km barat daya dari Kuala Berang.
BACA: Tekanan dihasilkan air dalam Tasik Kenyir punca gempa bumi - Jabatan Meteorologi
Bagaimanapun, Mustaffa Kamal berkata keadaan empangan itu dalam keadaan stabil dan tidak perlu dibimbangkan kerana gegaran yang berlaku itu tidak akan menghasilkan gempa bumi yang besar.
Beliau menjelaskan tekanan air dalam empangan yang melepasi paras 150 meter merupakan punca berlakunya gempa bumi di kawasan tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara dengan keluasan 260,000 hektar itu.
Beliau juga mencadangkan semua empangan di negara ini supaya menggunakan alat seismometer bagi mengenal pasti gempa bumi dengan awal.
"Seismometer boleh menyukat pergerakan bumi, termasuk gelombang seismos yang dihasilkan gempa bumi dan rekod gelombang itu boleh digunakan ahli seismologi untuk mengukur betapa besar punca gegaran berkenaan," katanya.
Jabatan Meteorologi Malaysia juga melaporkan gempa bumi itu berpunca daripada tekanan dihasilkan air dalam empangan tersebut.
Pemeriksaan awal di Stesen Kuasa Elektrik Hidro Sultan Mahmud di Kenyir juga mendapati tiada sebarang kesan fizikal akibat gegaran tersebut, menurut Tenaga Nasional Bhd (TNB).
Bernama
Thu Feb 25 2016
Semua empangan di negara ini dicadangkan supaya menggunakan alat seismometer bagi mengenal pasti gempa bumi dengan awal. - Gambar fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Gempa bumi di Tasik Kenyir bukan baharu, mungkin berulang
Gempa bumi lemah berukuran 2.7 pada skala Richter dikesan di Tasik Kenyir dan gegaran dirasai di Kuala Berang pada pukul 9.25 malam Selasa.