Gempa bumi kuat dikesan di Papua New Guinea

Bernama
April 15, 2024 03:50 MYT
Pusat gempa itu dikesan pada kedalaman 68km iaitu 30km tenggara dari New Britain Island.
KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter dikesan di New Britain Region, Papua New Guinea pada 4.56 pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan pusat gempa itu terletak di 5.8 darjah selatan dan 151 darjah timur dengan kedalaman 68 kilometer (km) iaitu 30km tenggara dari New Britain Island, Papua New Guinea.
“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut MetMalaysia.
-- BERNAMA
#gempa bumi #MetMalaysia #New Britain Island #tsunami